Wednesday, June 30

Ingin jadi bapa mithali?

Selalunya rungutan demi rungutan selalu kita dengar bila orang perempuan bercerita tentang suami dan menjaga anak. Suami  liat dan malas menjaga anak. Itulah luahan hati isteri-isteri yang kecewa dengan sikap suami. Namun, realitinya, tidak semua lelaki seperti itu.Betul tak ?
Zaman sekarang ini, makin ramai lelaki yang berjawatan bapa mampu menjalankan tanggung jawab dorang dengan baik. Cuma, malangnya, di negara kita ini, masiimagesh belum ada lagi gelaran ‘Bapa Mithali’. Walau apa pun, bukan gelaran itu yang penting. Tanggung jawab dan keprihatinan terhadap keluarga perlu diutamakan. Tidak dinafikan, memang susah nak menjadi yang terbaik. Tapi, kalau rajin dan kuat berusaha, tiada yang mustahil dalam hidup.
Papa yang baik
Nak jadi pap yang baik? Boleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dalam zaman yang serba canggih ini, selalu kita lihat suami tidak lagi duduk goyang kaki di depan televisyen. Mereka kini sama-sama mengasuh anak dan melakukan kerja rumah. Inilah hasil masyarakat penyayang dan berilmu. Suami dan isteri berfikiran terbuka dan sama-sama memikul tanggung jawab yang telah diamanahkan. Kedua-duanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Kepada bapa-bapa baru, korang mungkin sungguh bersemangat untuk menimba ilmu mengasuh anak-anak. Banyak korang ingin tahu sehingga ada kalanya hampir semua tugas isteri ingin diambil. Alangkah bagusnya kalau semua suami seperti itu. Tapi, biasanya semangat yang ditunjukkan itu separuh jalan. Bila anak sudah bertambah dan semakin ramai, suami-suami ini akan jadi malas. Tinggallah isteri seorang diri mengasuh anak-anak. Sifat inilah yang korang para suami perlu elakkan. Sebolehnya, layanlah anak-anak dengan penuh bersemangat.
Diakui, mungkin ada sesetengah suami yang tidak berniat untuk membiarkan isteri mengasuh anak sendirian. Mereka ingin turut serta dalam proses membesarkan anak-anak. Tetapi malangnya, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kepada bapa-bapa seperti ini, janganlah malu bertanya. Tanya pada isteri, apa yang boleh korang bantu. Ketahuilah bahawa pertolongan korang walaupun sedikit sangat bermakna.
Untuk itu, sebaiknya korang mulakan daripada yang mudah. Misalnya, tolong isteri menyusukan anak, menukarkan lampin, atau paling tidak pun tolong tidurkan anak. Selepas mahir melakukan kesemua itu, cubalah pula melakukan kerja yang susah sedikit seperti mandikan anak dan memakaikan mereka pakaian.
Tetapi, jika korang masih rasa kekok menjaga anak, apa kata jika korang mengambil alih tugas isteri mengemas rumah. Biarkan isteri menjaga anak sahaja. Kerja-kerja rumah lain korang yang buat. Senang kan?
Ini taklah bermakna korang tak perlu tahu tentang hal-hal penjagaan anak. Bukan untuk mendera, tetapi sebagai persediaan jika korang terpaksa tinggal berdua dengan anak ketika isteri outstation.
Masa bersama anak
Kepada para bapa, selalulah luangkan masa bersama anak-anak. Sebagai bapa yang bekerja, masa untuk anak dan keluarga tentunya terhad. Namun, ini bukanlah alasan untuk mengetepikan anak. Mereka perlulah belaian kasih sayang daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Bukan daripada ibu sahaja. Korang perlu ingat bahawa untuk menjadi ibu atau bapa yang bertanggung jawab, peruntukan masa sebanyak mungkin dengan anak-anak. Walau bagaimanapun, yang penting ialah kualiti masa yang korang luangkan bersama anak dan bukan kuantitinya. Pastikan setiap saat bersama anak diisi dengan penuh bermakna.
READ MORE … Ingin jadi bapa mithali?

Tuesday, June 29

Hilangkan stress setelah bergelar ibubapa

Bila kita dah jadi parent..sekali sekala kita mesti akan rasa stress..Dan kadang-kala stress ni boleh meretakkan rumahtangga kita..Bentuk-bentuk stress yang kerap dialami parent khususnya golongan ibu ialah
1.Perubahan
Sebarang perubahan yang berlaku pada diri  seperti perubahan imej atau perubahan pada persekitaran seperti bekerja di tempat baru boleh menyebabkan tekanan.
2.Kekecewaan
Berlaku sesuatu musibah yang menghalang kita mencapai perkara yang dihajati seperti ketiadaan wang menghalang keluarga ataupun sekiranya mengalami kegagalan atau kehilangan.
3.Tekanan
Berlaku apabila penyebab tekanan berlaku sepanjang masa. Dua jenis tekanan adalah tekanan untuk menurut dan tekanan untuk melakukan.
4.Konflik
Tiga jenis konflik asas ialah pendekatan-pendekatan, penolakan-penolakan dan pendekatan dan penolakan.
1.Tekanan dikenali sebagai penyebab penyakit. Didapati, tekanan akan menyebabkan badan tidak lagi mempunyai pertahanan dan mudah terkena penyakit. Unsur yang paling penting untuk mengatasi tekanan adalah melalui rehat. Mengamalkan cara merehatkan tubuh yang betul bukan sahaja dapat diperbaiki tubuh malah mampu menampilkan imej diri yang positif.

2.Terdapat pelbagai cara untuk merehatkan diri dan hal ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu secara informal dan secara formal. Antara yang tergolong dalam teknik informal seperti tidur, melakukan aktiviti regangan, melakukan aktiviti fizikal, melancong, mandi, minum teh dan mendengar muzik.
3.Manakala teknik kedua pula ialah teknik formal. Teknik ini lebih kepada perlakuan yang berikan kesan kepada sistem tubuh secara langsung. Kaedah yang boleh digunakan termasuklah bernafas dalam-dalam, bermeditasi dan urutan kendiri.
READ MORE … Hilangkan stress setelah bergelar ibubapa

Thursday, June 17

Istilah sex yang disalah faham..

Peringatan kepada semua.jangan salah faham yer pasal tajuk..bukan 18sx pun.Cuma sebelum kita bersembang pasal sesuatu,sepatutnya kita tahu dulu hujung pangkal topik yang nak disembangkan itu.Jangan ada yang kena “tu la.lain kali bagi salam dulu sebelum masuk” hehehhehhe…tersalah topik le..lain ditanya lain pulak dijawab..Tapi tu la adat kita manusia..Apa kata korang layan je cerita ni..sekali sekala boleh menghilang kan stress yang duk terperuk kat dalam badan korang tu..

 

garg-fin3 Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka,termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

 


SCROLL DOWN ....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


READ MORE … Istilah sex yang disalah faham..

Sunday, June 13

Anakku tak dengar cakap!

"Anak saya degil tak mahu dengar cakap saya"! "Anak saya malas tak mahu belajar, kalau saya berleter baru dia buka buku. Kalau periksa selalu dapat nombor corot!"

"Anak saya kalau saya marah, angkat kaki dan keluar dari rumah!" "Anak saya lebih suka lepak dengan kawan-kawan dia, ada kala sampai tak balik rumah!"

"Anak saya malas solat, kalau suruh baru dia buat!"

Ini ialah antara keluhan yang sudah lazim keluar dari mulut ibu-ibu.

"Anak-anak sebenarnya bukan tak mahu dengar nasihat atau cakap emak bapak. Paling penting waktu yang kita pilih untuk kita beri nasihat. Kalau tak kena waktunya, nasihat kita akan dianggap sebagai satu leteren atau bebelan".

TEGUR DULU    

Ada ibu bapa yang cepat naik angin apabila anak-anak melakukan kesilapan dan sekiranya ibu bapa turut mahu menasihati anak mereka ketika itu, anak akan mengambil sikap dingin dan tidak akan mendengar cakap mereka.

Tegur dan nasihat tidak boleh dilakukan serentak.

Bila menegur, fokus sahaja kepada apa yang ditegur. Jangan mencampur-adukkan dengan nasihat kerana ketika anak ditegur, dia berada dalam keadaan dipersalahkan.

Anak yang ditegur juga sudah berada dalam keadaan yang negatif. Masa itu juga dia sudah menutup dirinya dan seolah-olah ada tabir antara dia dan ibu atau ayah yang menegur.

Anak juga tidak berada dalam apa yang dipanggil 'receptive mood'.

"Banyak mana pun kita cakap dia tak akan dengar. Makanya sering kita dengar ibu bapa mengeluh anak-anak tak mahu dengar cakap. Bukan tak hendak tapi dia tak ada mood nak mendengar.

"Jadi bila kita menegur anak, tegur sahaja kesalahan dia. Katakan kesalahan itu yang pertama, mungkin kita boleh kata emak atau ayah dulu pun macam itu, ini biasa dalam proses pembesaran.

"Cukup dengan itu, tak perlu tambah dengan nasihat. Anak-anak akan menganggap cakap kita sebagai satu bebelan, hanya memenatkan kita".

PILIH WAKTU SESUAI

Pilih waktu yang sesuai untuk menasihati anak.

"Bila keadaan sudah tenang, mungkin masa kita minum-minum atau dalam kereta dengan anak, kita nasihat dia masa itu.

"Anak akan lebih bersedia sebab tabir yang ada masa dia ditegur dah tak ada dan dia bukan lagi berada dalam keadaan dipersalahkan.

"Katakan kita tegur dia tentang kawan-kawan dia. Beritahu dia kalau boleh cari kawan-kawan yang macam ini. Abah dulu pun cari kawan-kawan yang macam itu. Kita bercakap dengan cara mahu mendidik dia, dia akan terima".

Nasihat juga perlu dimulakan dengan kemesraan.

Ibu bapa boleh mengingatkan perkara terbaik yang anak pernah buat semasa dia kecil untuk merangsang anak terus melakukan perkara yang sama.

"Anak mungkin tak ingat pun waktu kecil dia tapi sengaja kita kaitkan untuk dia merasa dia seorang yang bagus dan sebagainya.

"Jadi kita mulakan dengan kemesraan. Kita mulakan dengan sesuatu yang positif, barulah anak akan membuka diri dia. Ini amat perlu kalau kita mahu anak mendengar nasihat kita".

PERLU SABAR

Ibu bapa juga perlu sabar dalam menasihati anak dan pada kebanyakan masa, nasihat perlu diulang secara positif beberapa kali sebelum anak menerima sepenuhnya.

Dalam proses pembentukan watak, anak-anak juga perlu diberi suatu tempoh tertentu untuk berubah.

Ada ibu, terus memarahi anak apabila lambat solat. Si ibu akan mengherdik dengan kata-kata "Pukul berapa sekarang? Dah nak masuk asar, zohor pun tak sembahyang lagi. Nak kena cakap baru nak buat!"

Cara yang demikian adalah negatif dan mungkin hanya dapat memuaskan hati ibu tetapi tidak membantu anak.

"Keibubapaan positif menggunakan pendekatan berikut. Kita tanya dia dengan baik sudah solat ke belum. Beritahu dia yang waktu sudah lewat dan peringatkan dia ketika dia dalam umur 10, 11 tahun tak apa tapi bila dah akil baligh, masuk usia 13 tahun, dia tak boleh lagi lewat solat. Kemudian suruh dia ambil air sembahyang dan solat.

"Tak ada kata nak pukul dia, tak mengungkit kesalahan silam dia. Kita tak kata dia malas. Setiap kali anak kita lewat solat, kita ulang dan beri masa dia untuk berubah. kita ada dua tahun untuk membentuk watak menjadi orang yang rajin solat.

"Dengan cara mengulangi nasihat, kita sebenarnya menanam nasihat dalam minda bawah sedar dia. Sebenarnya banyak tindakan manusia dibuat dalam minda separuh sedar dan spontan. Bila sampai umur 13 tahun kita hadiahkan sejadah baru umpamanya, dan katakan umur dia sudah 13 tahun dan tak boleh lagi lengahkan solat. Tengoklah nanti perubahannya. Pendidikan memerlukan kesabaran".

TUNJUK TELADAN

"Bapa borek anak rintik" atau "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"! Antara faktor yang mungkin menyebabkan anak tidak mendengar cakap ibu bapa kerana sikap ibu bapa sendiri.

"Emak bapak tak buat tapi suruh anak buat. Sebagai contoh, emak bapak cakap tentang sembahyang bila azan tapi mereka sendiri tak buat.

"Lapan puluh peratus pendidikan ialah melalui teladan, 20 peratus melalui kata-kata. Anak-anak lebih percaya apa yang dia nampak daripada apa yang kita cakap atau suruh".

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu memastikan anak tahu apa yang dilakukan adalah kerana sayang dan untuk kebaikannya bukan kerana semata-mata mahu memarahinya.

Lengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan untuk menangani karenah anak-anak.

Ibu bapa perlu belajar kerana ada sesetengah ibu bapa tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa semasa berkahwin. Mereka pun mungkin tidak mendapat asuhan yang sebenarnya untuk menjadi ibu bapa.

"Ada juga kalanya perkara yang kita buat tak salah tetapi kita tidak ulang kerana kita tak sedar pun apa yang kita buat itu betul. Bila ikuti program keibubapaan ini banyak yang kita boleh belajar.

"Melabur sedikit untuk kebaikan kita. Jangan segan bertanya dan banyakkan membaca. Ibu bapa perlu ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran ini. Jangan ambil mudah dan ingat kita ibu bapa, kita dan tahu semua perkara".Ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai sepatutnya belajar daripada pengalaman mendidik anak.

"Masalahnya kita tak belajar, masih ulang kesilapan kerana tiada pembaikan dalam ilmu keibubapaan".

Soal "lebih dulu makan garam" juga tidak lagi boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menegur anak.

Ini kerana orang yang mahu mendakwa "lebih dulu makan garam" perlu lebih berpengalaman.

"Pengalaman datang daripada pertama, ramainya orang yang kita temui dan kedua, ilmu yang kita dapat dan ilmu diperoleh daripada pembacaan atau menghadiri program ilmiah atau sebagainya.

"Anak-anak hari ini ada yang lebih banyak membaca daripada ibu bapa dan lebih ramai kawan termasuk interaksi menerusi alam siber. Mereka juga boleh mendakwa lebih banyak makan garam daripada kita".

JADI ACUAN

Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan guru untuk mendidik dan membentuk anak mereka apabila berdepan dengan masalah anak yang tidak mahu mendengar kata.

Ibu bapa sebenarnya ialah orang yang membentuk acuan jati diri anak, bukan guru!

Justeru,jika ibu bapa melepaskan kepada guru untuk membentuk anak mereka, ia tidak akan berlaku.

"Itu sebabnya kita kata tabiat, akhlak, perilaku, pekerti, susila, semuanya ini lahir dari rumah kerana acuan emak bapak itu.

"Ibu bapa kena perbaiki diri, mula solat berjemaah, makan bersama, luangkan lebih masa untuk anak-anak, nasihat dengan cara yang betul dan waktu yang sesuai, ubah cara menegur anak.

"Kesannya tak mungkin nampak dalam masa yang singkat. Ia akan berlaku dalam jangka masa panjang. Acuan itu akan terbentuk perlahan-lahan."

READ MORE … Anakku tak dengar cakap!

Saturday, May 29

Bila ayah mula minta….

Ai dapat artikel ni dari blog kawan ai..mama linda..Sedih sangat weh..Korang mesti bosan kan..sikit-sikit nak sedih-sedih..mesti korang fikir ai wat drama je lebih-lebih kan..tak pe..korang fikir la apa pun..tapi ai tetap cakap artikel ni wat ai insaf..wat ai sedih..wat ai terpikir..wat ai rindu kat mak ayah ai..kat mak abah ai..Korang bacalah..ai harap korang pun dapat manfaat dari cerita ni..
Cerita ni dari buku 'Nota Hati Seorang Lelaki'
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Sahabat sekelian,
     Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.
     Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun  Din dan keluarganya.
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua  bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
READ MORE … Bila ayah mula minta….

Monday, May 24

ibu bapa lebih ramai derhaka

Kita selalu ambik ringan benda-benda camni..kita juga banyak terdedah pada anak derhaka kepada ibu bapa..bila isu ibubapa yang ramai derhaka keluar,baru kita sedar..sebenarnya berat dan besar tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..

ada tiga perkara yang bapa patut buat untuk mengelakkan menjadi derhaka kepada anak-anak yang bakal lahir;

1. pilih isteri yang baik-baik, supaya dapat mendidik anak-anak dengan sempurna (jangan hanya pandang pada luran kecantikan semata-mata)

2. beri nama yang baik-baik pada anak supaya menjadi doa (jangan terlalu taksub nak beri nama-nama yang glamour dan kebaratan )

3. ajar anak-anak dengan al-Quran (bimbing dari anak-anak masih kecil

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

dan pada ibu-ibu pula 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.

dunia sekarang, jika ada segelintir ibu bapa yang sanggup mendera anak-anak mereka dengan api daripada puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibu bapa yang bakal mendera anak-anak mereka dengan api neraka. Ibu bapa ini adalah ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak-anak. Inilah ibu bapa yang derhaka!"

Kajian yang dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya generasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

READ MORE … ibu bapa lebih ramai derhaka

Friday, May 21

Jangan memihak ketika anak bergaduh


Sebagai ibu bapa,kita perlu anak tangani situasi ini  tanpa melukakan hati anak-anak kita. 2786121588_772de0f604

"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak," atau kita mungkin akan dengar ayat ni, "Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi." Sebagai parent kita mesti sudah biasa dengar ayat macam tu.Adik beradik beradik bergaduh memang sebahagian darip proses pembesaran dorang. Selalunya, bergaduh atau tanda-tanda cemburu akan bermula dari abang atau kakak. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.

Tapi, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.

"Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh ja." Mungkin youall pernah mendengar rungutan seperti ini dari rakan youall.

Mengapa mereka bergaduh?

1. Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

2. Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.

3. Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

4. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

Bagaimana kita menangani pergaduhan anak-anak?

1. Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika kita kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.

2. Apabila kita memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

3. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

4. Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

5. Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

6. Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

7. Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

8. Bantu anak kita membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

9. Apabila mereka bergaduh parent perlu cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

10. Paling utama, jika kita kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku inimudah ditiru anak.

READ MORE … Jangan memihak ketika anak bergaduh

Wednesday, April 21

Ibu Bapa Cemerlang

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan ibu-bapa lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih baby berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada Holding Hands segala penyakit dalam rumah tangga.

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan.

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut.

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan.

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan.

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa.

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan.

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapasolat-berjemaah hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga.

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati.

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga.

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

READ MORE … Ibu Bapa Cemerlang

Friday, January 15

Disaat anakku mula berbicara...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau
akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu
kecil dan lemah ?"


Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini , didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."


Dan Tuhan menjawab:"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


Bayi bertanya lagi: "Dan bagaimana saya boleh faham disaat orang-orang disana berbicara kepada saya jika saya tidak faham bahasa mereka ?"

Dan Tuhan menjawab:"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


Bayi bertanya lagi:"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"


Dan Tuhan menjawab:"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


Bayi bertanya lagi:"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"


Dan Tuhan menjawab:"Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


Bayi bertanya lagi:"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

Dan Tuhan menjawab:"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya
Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar dan...

si bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu
memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


Dan Tuhan menjawab:"Kamu akan memanggil malaikatmu itu " IBU "

Ingatlah sentiasa...
kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa...
Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya
dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu,
ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...
sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"Semasa diberi nyawa selepas berusia tiga bulan dalam rahim ibu, kita telah berjanji dengan Allah (a.w) untuk beriman denganNya, menurut segala perintah dan ketetapanNya dan menjalani kehidupan di dunia, apabila dilahirkan kelak, mempertuhankan Dia. Ketika roh ditiupkan ke dalam jasad kita - ketika itu kita sudahpun sempurna dari segi fisikal kita - sebagai manusia, kita sudah berdepan dengan Allah (a.w) dan melafazkan ikrar janji kita kepadaNya."


READ MORE … Disaat anakku mula berbicara...

Thursday, January 7

Kasih seorang suami dan ayah

Assalamualaikum,

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

- dipetik dari portal ukhwah.com
READ MORE … Kasih seorang suami dan ayah

Saturday, November 7

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Nak lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

READ MORE … Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Susahkah mendidik anak perempuan?

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan
"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."


"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"



Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"



"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."



"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."



"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

**Nota hati seorang lelaki

READ MORE … Susahkah mendidik anak perempuan?

Wednesday, September 30

Surat dari ibu



READ MORE … Surat dari ibu

Friday, June 17






Redup mata ayah
adalah lembayung bahagia kita
kerut tangan ayah
adalah tenaga hidup kita
Serak suara ayah
Adalah ilmu cinta kita

Menyayangimu duhai ayah
Untuk mengisi gelora dukamu
Dari kami senipis rebung
sehingga kami berdiri seteguh ini

Ayah,
Mencintaimu
Sehingga akhir waktu
Ingin aku berkumpul lagi di waktu itu
Meniti jambatan ke syurga

READ MORE …
 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily