Saturday, April 17

Lelaki!Awas Kanser Payudara.

Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang kanser payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.

Umumnya peratusan kes kanser payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan kanser payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.male breast cancer

Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding kanser payu dara yang menyerang wanita.

Payu Dara Lelaki

Lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak, tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.

Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.

Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.

Lelaki yang diserang kanser payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara.

Simpton dan Faktor Risiko

Simptom kanser payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.

Faktor risiko barah payu dara pada lelaki :

  • Berusia
  • Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan kanser payu dara
  • Terdedah pada rawatan radiasi
  • Penyakit hati yang kronik
  • Berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindrom klinefelter)
  • Obes

Tiada beza rawatan kanser payu dara sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi atau terapi hormon.

READ MORE … Lelaki!Awas Kanser Payudara.

Friday, March 5

Hati-hati dengan tuala wanita

HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..
check dulu expired date...
Kualiti dan paling PENTING kebersihanya...
takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan....
Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA. Disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG....

maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki, masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....

doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story......

*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...

*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

READ MORE … Hati-hati dengan tuala wanita

Wednesday, February 24

Masalah Kekenduran Rahim


Kekenduran Rahim (Prolapse)

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.

Gangguan perkencingan.

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Apakah punca punca kejadian prolapse?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya ‘prolapse’. Di antaranya adalah seperti berikut:

i) Faktor Baka

Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.

ii) Exercise

Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

iii) Kehamilan dan Kelahiran

Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.

iv) Menopaus

Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.

v) Tumbuhan Dalam Rahim

Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.

Rawatan dan Pencegahan

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:

i) Jaga kesihatan dan kawal berat badan

Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.

ii) Amalan exercise

Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.

Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.

iii) Exercise kemut atau 'grip'
Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.

Alat PSX
Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX, (lihat dalam gambar ini dibawah) yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini. Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj. Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya. Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter. Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj. Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.



Alat PSX

Pembedahan

Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair – lihat tajuk ‘Pembedahan’). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse'nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.

Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair). Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau ‘physiotherapy’ dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.

Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing. Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.

Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.

Kegunaan Pessary

Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini digelar dengan nama ‘Ring pessary’. Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.



READ MORE … Masalah Kekenduran Rahim

Tuesday, February 9

Wanita! Jagalah buah dada anda

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

READ MORE … Wanita! Jagalah buah dada anda
 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily