Dengar melancong free..ke bali lak..peh..sapa tak nak memang rugi la..ni cakap betui-betui punya tau.Tak main tipu-tipu punya hal..Tapi sapa yang bertuah jelah yek dapat pegi..nak jadi yang bertuah ke..sape tak nak kan..lagi-lagi segala-gala nya free,pakej ni kejap je peginya..4 hari 3 malam..tapi berbaloi la kan..free beb..tak kan tak nak join kot..memang tak payah pikir dah hal-hal kat sana,semua sponsor,tapi satu jela kan..nak shopping bagai tu kena la kuar duit poket sendiri beb..sebab shopping tak termasuk dalam pakej free ni..ala..kira ok la kan..takkan nak merungut lagi..dah bagi betis nak paha plak korang yer..so,korang cepat-cepat la bagi nama yek..mana tau kot-kot kita sama-sama bertuah..dapat pegi melancong free ke Bali tu..wallaaaa..best gile…ops satu lagi terlupa nak cakap,sapa yang bertuah leh bawa partner 4 orang..semua partner2 korang pun akan disponsor sama rata cam korang jugak..alahai..syoknya..mana tau saya dapat bawak husaini,harith..lagi sorang sape yek..erm lain kali pikir..ok la korang..cepat-cepat tau bagi nama kat sini Free Bali Trip
Sunday, June 19
Trip free ke Bali..Sapa mau join?
Takziah kepada keluarga Zami Ismail
Monday, March 21
::> Status
Friday, August 27
Belum insafkah kita?
15hb Ogos 2012 (bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat), tarikh malapetaka dunia paling bersejarah.
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadandi bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengokHadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Tuesday, August 17
6 Tanda terlebih beri cinta
2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang
3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu
4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya
5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian
6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.
akibat terlebih beri cinta
1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil
2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi
3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya
4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya
5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.
Monday, August 16
Celoteh ramadhan
Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita lucu yang menggelikan hati. Semua aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. dan masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada cerita untuk dikongsi:-
1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan
2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.
3. Anak-anak di perantauan: Ramadhan first dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. tangkap leleh beb..Dah teringat rumah. Tu baru puasa hari first. Hari tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.
4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, Jalan TAR, dan seluruh KL-sesak beb. Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.
5. Anak-anak yatim: bulan puasa diorang demand skit. Kalau nak ajak jemput buka puasa, nak kena tengok diari dulu, free tak. Sebab kalau clash dengan jemputan berbuka kat hotel 5 star, buka puasa kecik-kecik kat surau ni tak main lah. (tak semua..Sebahagian kecil saja)
6. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran. Bayar cikai, package tak lengkaplah jawabnya. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe... (tak semua.. sebahgian kecil)
7. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan DBKL berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.
8.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.
9. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. Pastu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAWI baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, Datuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.
10. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.
Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu tatkala menghampiri bulan mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar celoteh ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan ingatan. Besederhana dalam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua...
sumber:facebook
Thursday, August 5
Apa nak jadi..
Apa nak jadi stesen TV kat M'sia ni, boleh dikatakan setiap masa masyarakat dihidangkan dgn SINETRON dari Indon....ajar anak2 kita tentang cinta yg dilarang oleh Islam....kalau cerita bab agama tak apa juga…haih macam-macam..
Apa nak jadi stesen TV kat M’sia ni, tiap – tiap malam kasi hot berita serbu kedai-kedai urut..lagi banyak dorang wat hot..lagi ramai orang yang tak tau halal haram duk pulun pi situ..macam bagi free iklan je kat kedai tu..haih…risau dunia sekarang..
Apa nak jadi stesen TV kat M’sia ni…tolong la kasi banyak info yang berguna kepada kami..
Wednesday, August 4
Megasale dtg lagi..cukup ke duit nak bermega-mega?
Kalau duit banyak..ada jugak yang gi beli semua brg-brg tu kan..bukan selalu nk ada promosi besar-besaran..kalau nak tau banyak pasal megasales ni boleh gi cek sini.Memang “macam-macam ada you”.yang penting fulus mau cukup..lagi-lagi nak sambut syawal ni..mesti semua nak shopping barang raya kan..
Tuesday, August 3
Surat Dari Setan UntukMu
apa korang rasa bila baca ni..ai dapat dari dari kawan ai..forward email..rasanya korang pun penah dapat kan..
( Surat ini akan membuat korang benar-benar berfikir)
**************************************************************************
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu.Kau benar2 orang yang bersyukur,Aku menyukainya.Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu.Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah..
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki
rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH.
Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperi laku buruk..
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seegois mungkin.Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.Begitulah anak-anak.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Jangan berhenti bercinta!!!
“Kereta, Otak & cinta…semuanya sama!”
Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila kita hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu…dah tak sama beb ![]()
Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama…
Otak ~ Yup!…begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka‘enjin’ untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!… ![]()
Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!
CINTA ~ Juga sama! Sekiranya kita gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, “Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh…adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan” ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi…Jangan sesekali berhenti dari bercinta! ![]()
Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu…hanya menyerah pada yang Esa. Hey….Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!… ![]()
Sekiranya kita berhenti dari bercinta, lama-kelamaan kita akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, kita akan lupa cara-cara bercinta, kita akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta…SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah…enjin mati, otak beku!…CINTA??…samalah, malah kita akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang… akhirnya kita pasti akan keseorangan. Kita tidak mahu itu berlaku kepada kita bukan? ![]()
Jadi, sebaliknya jika kita terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, kita akan bertambah mahir. Walau kita gagal dan gagal lagi, kita ambil pengajaran darinya dan kita akan jadi semakin faham tentang percintaan!
Apabila kita semakin berpengalaman, PASTINYA kita akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk kita, lalu kita akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa kita akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling kita akan melihat diri kita hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati kita!… kan itu yang kita mahu? …jika itu keinginan kita, jawapannya simple je,
“JANGAN BERHENTI BERCINTA!” ![]()
Sumber:BrotherLove
Pink Butterfly Blog Template
Blog template yang diwujudkan untuk seorang teman blogger..tapi tak tau dia nak ke tak blog template ni..Ai akan tanya dia..tapi kalau dia tak nak..ai open je kat sape2 yang nak yek..Blog template ni,ai buat custom font untuk post title header dengan sidebar title header.Pastu ai buat tabbed jugak kat sidebar.butterfly kat header tu boleh gerak-gerak sikit kekiri-kekanan..
Sunday, August 1
Duit Hilang!
Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."
Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"
Friday, July 30
Projek Deco Blog
Wednesday, July 28
Cinta adalah…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami:Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak bolehmencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Jadi aku juga tidak perlukan sebab apa-apa untuk mencintaimu…
Tuesday, July 27
Takziah pada keluarga arwah Hasnizan
BATU PAHAT: “Naluri keibuan saya pernah terlintas mengatakan anak saya mungkin akan ditimpa kemalangan, tetapi tidak sekali-kali menjangka ia menjadi kenyataan.
![]()
PILU...Nik Hasnah mencium kain pemberian arwah anaknya, Hasnizan (gambar kecil).“Kini yang tinggal hanya kenangan dan hadiah terakhirnya berbentuk baju kurung serta wang RM100 untuk sambutan Aidilfitri yang diberikannya ketika menyambut hari lahir saya ke-47, 3 Mac lalu,” kata ibu pelatih Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Nik Hasnah Nik Yeh, 47.
Dia pitam seketika selepas diberitahu anak keduanya, Hasnizan Abdul Wahid, 27, meninggal dunia akibat parah selepas payung terjun digunakan tidak berfungsi dalam latihan terjunan di Terengganu, semalam.
Ibu enam anak itu, baru pulang daripada kelas mengaji al-Quran sebelum diberitahu berita berkenaan oleh anak bongsunya seolah-olah mengiakan segala kebimbangannya selama ini.
Nik Hasnah ketika ditemui berkata, sejak Allahyarham memberitahu dia ingin menyertai pasukan payung terjun tahun lalu, hatinya sentiasa berdebar-debar dan tidak tenteram.
Menurutnya, itu kali terakhir dia bertemu sebelum Hasnizan meneruskan latihan, namun anaknya yang melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober tahun lalu tidak pernah lupa menelefonnya setiap kali sebelum memulakan latihan.Katanya, kali terakhir Hasnizan menghubunginya pada jam 9 malam kelmarin, apabila arwah memberitahu akan menjalani latihan dan meminta dia mendoakan keselamatannya ketika melakukan terjunan semalam.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdul Wahid Saim, 52, berkata dia menerima panggilan telefon kira-kira jam 3.30 petang semalam, ketika membaiki atap zink di rumah jirannya.Katanya, seorang pegawai TUDM menghubungi telefon bimbitnya dan memberitahu supaya bersabar dan tidak terkejut dengan berita yang bakal disampaikan.
“Pegawai itu memberitahu ada kejadian tidak diingini berlaku di mana payung terjun arwah tidak terbuka dan terjatuh dari ketinggian 5,000 kaki.
“Pegawai berkenaan berkata, ketika kejadian Hasnizan dalam keadaan stabil, tetapi kritikal sebelum menerima panggilan kali kedua beberapa minit kemudian mengatakan dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.
Abang sulung mangsa, Indra Amirul Nizam, 27, berkata adiknya itu pernah mengajaknya ke Kuala Lumpur untuk melihat keadaannya di sana, tetapi tidak sempat berbuat demikian.
“Mak ada cakap arwah seorang pendiam dan suka menyendiri di rumah, tetapi dia suka melayan adik-beradik.
“Keluarga kami memilih kerjaya tentera kerana mengikut jejak datuk dan bapa sebelum diikuti Allahyarham,” katanya.
Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Mampan, Simpang Lima di sini.
Difahamkan, Allahyarham Hasnizan menyertai Paskau sejak Julai tahun lalu selepas menyertai TUDM pada 2002.
Allahyarham melangsungkan perkahwinan dengan seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, namun belum dikurniakan zuriat.
Al-Fatihah..
sumber:Metro
Monday, July 26
kisah cinta:langit dan laut
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada
langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya
langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan
kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit
mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya
tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh
hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap
hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa,
mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya
sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut,
menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat
melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir
awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil.
Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan
langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang
mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan
terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi
melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan
terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya
mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah.
Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali
memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan
langit, di situlah mereka berpacaran.
Jalan sakaratulmaut dikenal pasti!
Jalan sakaratulmaut dikenal pasti,terus ai buka nak baca..biar betul tajuk ni..memang tak boleh blah la tajuk dia..nak mati pun kita dah leh kesan ke macam mana..haih..macam-macam..
Sekali dah baca..pasal accident rupanya..tajuk depa ni memang bikin panas jer…Korang nak tau pasal apa..baca jelah kosmo arini..
Blogger bercerai?
“Jodoh pertemuan semua tu bukan kita minta..bukan dalam perancagan kita .Macam yang berlaku pada sahabat blogger kita..kisah mereka terbongkar dalam kosmo semalam(KOSMO!Ahad, 25 Julai 2010)”
Ramai yang mempertikaikan cara dorang..tapi kita bukan ditempat dorang..kita tak rasa apa yang dorang rasa..kita boleh kasi nasihat..kita boleh menuding jari..tapi kalau kita ditempat mereka..apa yang kita akan buat..ntah la..semua tak terpikir dek akal ni…
Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat dorang(Mamasita Mamamia! dan Sakmongkol AK47)
Friday, July 23
Apa yang kita cari…
Ada banyak perkara yang kita cari , tapi akhirnya kita akan kecewa:
1.Kesempurnaan
Jika korang mencari kesempurnaan, korang sebenarnya mencari sesuatu yang mustahil.Tiada manusia yang sempurna dari semua sudut.Kita hanya boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik.
2.Tidak Melakukan Kesalahan Dan Kesilapan
Tiada manusia di dunia yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.Kita hanya boleh berusaha untuk mengurangkan kesalahan dan kesilapan.Jika korang marahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan dan kesalahan, korang tidak berlaku adil kepada diri sendiri.
3.Ingin Dapat Apa Yang Korang Hendak
Kita hanya boleh mempunyai matlamat dan berusaha untuk mendapatkannya.Tetapi ia tidak bermakna korang akan mendapat semua yang korang hendak.Ada juga korang tidak akan dapat semua yang korang hendak.Itu adalah normal.
4.Sikap Manusia Boleh Diubah Dengan Cepat
Jika korang fikir semua manusia boleh berubah sikap dengan cepat, korang sebenarnya membuat kesilapan.Mengubah sikap manusia akan mengambil masa.Setengah akan berubah.Setengah pula tidak.
6.Korang Ingin Sentiasa Membuat Keputusan Yang Betul
Tiada manusia yang sentiasa membuat keputusan yang betul.Ada juga yang membuat keputusan yang salah.Kita hanya boleh berusaha untuk memastikan ianya adalah satu keputusan yang betul
7.Korang Mengharapkan Langit Akan Sentiasa Cerah
Kehidupan ini banyak dugaan dan ujian.Jika korang sentiasa harapkan langit akan sentiasa cerah.Mungkin korang sedang hidup dalam dunia sendiri.
Tuesday, July 20
Bila Dah Mabuk Cinta
BILA bercakap pasal cinta, teringat kisah Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun(gila) kerana terpisah dengan Laila.Hebat betul cinta dorang. Tapi,realiti cinta sekarang pun tak kurang hebat.
Ramai adik-adik remaja yang sanggup tinggalkan ibu dan ayah hanya nak mengikut kekasih hati. Ke Bangladesh la,ke thailand la,ke mynmar la,ke lombok la..merata dunia sanggup dorang redah..
Kata pantun ni: “Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.”
Yang paling teruk ada yang sanggup menukar agama hanya untuk memiliki cinta.Kalau dari agama lain ke agama islam Alhamdulillah,syukur.Tapi bagaimana kalau sebaliknya.Astagfirullah hal A’zim.
Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa matahari. Kalau kita tengok filem Hindustan..kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai ‘Tuhan’…segala-galanya kerana cinta (mere mohabbat he!)
Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang kala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa hati menolaknya. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan mengilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena.
Ada yang mengingatkan,
“Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.
Pertama, yang sedang lapar,
Kedua yang sedang sakit,
Ketiga yang sedang mabuk cinta.”
Kenapa? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit, sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintainya. Dia seolah-olah ‘mabuk’ dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tetapi dia tak nampak orang..korang pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesen komuter atau bas? Semua orang ‘malu’ tengok gelagat keterlaluan dorang, tapi dorang tidak sedar diri..
Cuba bayangkan..sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berada kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintainya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta. “rasa cinta pasti ada..pada makhluk yang bernyawa,” demikian lirik lagu.Tapi jangan kita lebihkan cinta pada manusia melebihi cinta kita pada Allah SWT.
















