Tuesday, August 3

Jangan berhenti bercinta!!!

“Kereta, Otak & cinta…semuanya sama!”

Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila kita  hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu…dah tak sama beb :P

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama…

Otak ~ Yup!…begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka‘enjin’ untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!… :eek:

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya kita gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, “Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh…adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan” ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi…Jangan sesekali berhenti dari bercinta! ;)

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu…hanya menyerah pada yang Esa. Hey….Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!… :cry:

Sekiranya kita berhenti dari bercinta, lama-kelamaan kita akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, kita akan lupa cara-cara bercinta, kita akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta…SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah…enjin mati, otak beku!…CINTA??…samalah, malah kita akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang… akhirnya kita pasti akan keseorangan. Kita tidak mahu itu berlaku kepada kita bukan? :oops:

Jadi, sebaliknya jika kita terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, kita akan bertambah mahir. Walau kita gagal dan gagal lagi, kita ambil pengajaran darinya dan kita akan jadi semakin faham tentang percintaan!

Apabila kita semakin berpengalaman, PASTINYA kita akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk kita, lalu kita akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa kita akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling kita akan melihat diri kita hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati kita!… kan itu yang kita mahu? …jika itu keinginan kita, jawapannya simple je,

“JANGAN BERHENTI BERCINTA!” :cool:

Sumber:BrotherLove

READ MORE … Jangan berhenti bercinta!!!

Wednesday, July 28

Cinta adalah…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami:Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak bolehmencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?                                                                                              Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?                                                                                                     Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Jadi aku juga tidak perlukan sebab apa-apa untuk mencintaimu…

READ MORE … Cinta adalah…

Monday, July 26

kisah cinta:langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada
langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya
langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan
kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit
mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya
tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh
hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap
hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa,
mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya
sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut,
menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat
melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir
awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil.
Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan
langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang
mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan
terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi
melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan
terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya
mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah.
Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali
memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan
langit, di situlah mereka berpacaran.

READ MORE … kisah cinta:langit dan laut

Tuesday, July 20

Bila Dah Mabuk Cinta

1_868694996l BILA bercakap pasal cinta, teringat kisah Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun(gila) kerana terpisah dengan Laila.Hebat betul cinta dorang. Tapi,realiti cinta sekarang pun tak kurang hebat.

Ramai adik-adik remaja yang sanggup tinggalkan ibu dan ayah hanya nak  mengikut kekasih hati. Ke Bangladesh la,ke thailand la,ke mynmar la,ke lombok la..merata dunia sanggup dorang redah..


Kata pantun ni: “Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.”

a Yang paling teruk  ada yang sanggup menukar agama hanya untuk memiliki cinta.Kalau dari agama lain ke agama islam Alhamdulillah,syukur.Tapi bagaimana kalau sebaliknya.Astagfirullah hal A’zim.

Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa matahari. Kalau kita tengok filem Hindustan..kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai ‘Tuhan’…segala-galanya kerana cinta (mere mohabbat he!)


Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang kala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa hati menolaknya. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan mengilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena.

Ada yang mengingatkan,

“Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.

Pertama, yang sedang lapar,

Kedua yang sedang sakit,

Ketiga yang sedang mabuk cinta.”

boy_girl Kenapa? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit, sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintainya. Dia seolah-olah ‘mabuk’ dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tetapi dia tak nampak orang..korang pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesen komuter atau bas? Semua orang ‘malu’ tengok gelagat keterlaluan dorang, tapi dorang tidak sedar diri..


Cuba bayangkan..sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berada kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintainya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta. “rasa cinta pasti ada..pada makhluk yang bernyawa,” demikian lirik lagu.Tapi jangan kita lebihkan cinta pada manusia melebihi cinta kita pada Allah SWT.

READ MORE … Bila Dah Mabuk Cinta

Thursday, July 8

Orang melayu kita

Pantun orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan
Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama
wah …. wah …. wah
penangan cinta anak muda zaman sekarang..

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua
tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe.
alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI IPT …
Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi.
Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya.
Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala samar ….
Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan.
Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”
Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”
Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.
Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut,pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.
Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.
Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.
Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.
Sumber:Halaqah.Net
READ MORE … Orang melayu kita

Wednesday, July 7

kenapa cinta susah datang?


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,


Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,


Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu


Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,


Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan


Kenapa cinta susah datang?
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

READ MORE … kenapa cinta susah datang?
 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily