Tuesday, August 17

Fadhilat Puasa Ramadhan

                      Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

                     Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

                     Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

READ MORE … Fadhilat Puasa Ramadhan

Wednesday, August 4

Menyambut ramadhan

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan
Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan


Pertamanya, perlu kita faham bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.
Berikut ini adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)
1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing, untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawal hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.
2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ” (al-Qadr 97:1-3)
Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.
3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.
Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa… sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagilah dalam bulan Ramadhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.

7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
Kita sangat-sangat disarankan untuk sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saling membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangat dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita.
8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

  • Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.
  • Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
  • Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
  • Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
  • Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
  • Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
  • Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
  • Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:
“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”
Selamat Berpuasa!!
Selamat Berpuasa!!
Semoga ianya sikit sebanyak memberikan kita manfaat dan dapat amalkan apa yang kita dah baca.
Sekian, selamat menyambut Ramadhan kepada semua.
READ MORE … Menyambut ramadhan

Monday, July 12

Ingat kah korang tarikh 27 Rejab?

Kalau tarikh Valentine Day tiap-tiap tahun kita boleh ingat..Takkan tarikh solat 5 waktu mula difardhukan kepada  kita umat islam,kita boleh lupa..Rasa tak patut la pulak kan..

Hari sabtu yang lepas semua umat islam menyambut Israk Mikraj.Tiap kali israk mikraj,pasti ada ceramah-ceramah agama mengenai sejarah Israk Mikraj.Namun,tiap tahun berganti tahun kita menyambut kedatangan 27 Rejab,insaf kah kita?Sudah sempurnakah solat kita? Sudah meningkatkah iman kita pada Allah?

Sedarkah kita bahawa Allah menyampaikan perintah bagi ibadah lain seperti haji, zakat, puasa dan sebagainya menerusi perantaraan malaikat Jibril.. namun bagi perintah solat, Allah sendiri yang menjemput Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj mengadap diriNya dan di anugerahkan ibadah tersebut.

Ingatlah.. ketika perintah solat di anugerahkan kepada Rasulullah, baginda sudah kehilangan semua tempat bergantung (bapa dan ibu, datuk, Abu Talib, Khadijah sudah di wafatkan oleh Allah). Apa yang ingin Allah sampaikan ialah Rasulullah sudah tiada tempat untuk bergantung, berlindung, berkasih... oleh itu terimalah anugerah SOLAT ini agar kau Ya Muhammad hanya akan bergantung pd Aku sahaja. Solatlah untuk kau memohon, merayu, berkata-kata, berkasih dengan Tuhan mu..

Sayangnya Allah pada kita, hingga Dia ingin jumpa kita 5 kali sehari sedangkan bagi umat Nabi Ibrahim, Allah hanya wajibkan solat 2 kali sahaja sehari.

Kesimpulannya ..
Sayangkah kita pada Allah?
Adakah kita menghargai solat?
Fahamkah kita pada peristiwa isra' mikraj dan hikmahnya?
Siapa kita di sisi Allah?

READ MORE … Ingat kah korang tarikh 27 Rejab?

Thursday, July 8

Orang melayu kita

Pantun orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan
Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama
wah …. wah …. wah
penangan cinta anak muda zaman sekarang..

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua
tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe.
alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI IPT …
Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi.
Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya.
Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala samar ….
Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan.
Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”
Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”
Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.
Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut,pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.
Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.
Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.
Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.
Sumber:Halaqah.Net
READ MORE … Orang melayu kita

Taubat Si Pemalas

“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat”sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main *game* atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!”katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu* takpe*!” hati berkata.

~Hargailah mereka sahabatku..walaupun bukan dengan ucapan terima kasih. Namun, cukuplah dengan hanya mendoakan kejayaan mereka membawa kembali syiar-syiar Islam dalam kehidupan dunia. Memang, bukan ucapan penghargaan yang mereka harapkan dari kalian..tapi, pada saya, cukuplah dengan kalian merasa apa yang mereka rasakan..cukuplah dengan menghargai apa yang mereka lakukan.. ~
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain”.
READ MORE … Taubat Si Pemalas

Amalan-amalan baik tapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia@tidak bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
READ MORE … Amalan-amalan baik tapi terbalik

Friday, July 2

Kelebihan jumaat PENGHULU SEGALA HARI.

Jumaat penghulu segala hari.Sabda nabi . “Sebaik-baik hari yang matahari terbit hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. .Antara amalan pada hari Jumaat ialah:

1. baca spt Surah Sajjadah dan al-Mulk dan alkahfi

2. Zikir di Waktu pagi

3. Banyakkan Selawat Rasulullah SAW.

4.Sujud Syukur Kepada Allah.

READ MORE … Kelebihan jumaat PENGHULU SEGALA HARI.

Tuesday, June 29

Mujur dosa itu tidak berbau

Terkedu seketika ai bila terbaca pasal tajuk di atas, mujur dosa itu tidak berbau. Kalau ia berbau…bagaimana agaknya ya? Akan adakah orang yang akan mendekati kita? Bagaimana baunya? Astaghfirullah… Sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi…sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri. Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan. Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri! Renung-renungkanlah… 
READ MORE … Mujur dosa itu tidak berbau

Friday, June 18

Jumaat penghulu segala hari…

Salam hari jumaat geng..kalau korang le kan,apa yang korang rasa bila hari jumaat..Kalau ai,ai rasa malas sesangat nak buat keje kat opis ni..sebab duk pikir sok sabtu..dapat cuti dua hari..Heran betul la..asal hari jumaat mesti jadi macam ni..Memang ai ni dipengaruhi perasaan negatif le dalam kepala otak ai ni..Korang tak kan..Korang rajin kan..Bagus korang,selalu-selalu le rajin yer..tak yah duk kira hari apa..Sepatutnya hari jumaat ni ai kena lebih bersemangat sebab hari ni penghulu segala hari..

 

Dan sebagai peringatan kepada ai dan korang semua;

(27-11-2009) -      Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) -      Tahun baru  hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) -      Hari krismas "hari Jumaat"
(01-01-2010) -      Tahun baru "hari Jumaat"
(26-02-2010) -      Maulidur rasul "hari Jumaat"
(02-04-2010) -      Good friday "hari Jumaat"
(28-05-2010) -      Hari wesak "hari Jumaat"
(10-09-2010) -      Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-08-2010) -      Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(05-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Masih adakah jumaat depan untuk kita?

“ Kalau dulu Baginda Rasullah SAW pernah berkata,jarak antara hari kiamat dan hari ini cuma seperti jarak antara jari telunjuk dan jari tengah.”

Zaman kita sekarang berapa banyak masa yang kita ada?Sudah bertaubat kah kita?Tanda-tanda hari kiamat juga dah banyak terjadi.Masih belum sedar kah kita?

READ MORE … Jumaat penghulu segala hari…

Friday, June 11

Cara Sebenar bagaimana untuk PROTES ISRAEL

Ai terbaca artikel ni kat Pakarhowto.. bukan terbaca ler..memang ai selalu masuk blog ni baca artikel best-best..Bila ai tengok tajuk  “Cara Sebenar bagaimana untuk PROTES ISRAEL”..hati ai tergerak untuk baca..sebabnya sekarang sana sini semua orang duk bercakap pasal BOIKOT YAHUDI..tapi ai rasa..apa yang kita duk riuh-riuh sekarang..macam bermusim..bila dah jadi macam ni..semua orang panas punggung..macam-macam dibuat..mogok..boikot barangan yahudi..tapi berapa lama..tak sampai setahun semua diam semula..dah tak dengar orang bercakap pasal hal ni..nanti bila timbul isu baru..panas punggung balik..macam tu la kita..up and down..bacalah artikel ni..walaupun agak panjang..tapi hakikat dunia hari ni ada dalam cerita artikel ni..semoga kita semua tidak hanya kecoh kat mulut..

Hati ini terasa begitu pedih dan sakit apabila melihat bagaimana tentera Yahudi Israel menyerang kapal bantuan ke Gaza Palestin baru-baru ini. Tentera Yahudi Israel laknatullah itu telah sewenang-wenangnya menyerang dan membunuh para sukarelawan yang tidak bersenjata. Ada yang ditembak bertubi-tubi di kepala dan badan pada jarak dekat. Tak dapat untuk aku bayangkan betapa dahsyatnya serangan kejam dan zalim tentera Israel celaka itu.

Di mana OIC, di mana PBB yang konon-kononnya berperanan menegakkan keadilan sedunia??? Apa yang dah PBB lakukan untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini?

Kita pula bagaimana? Apakah yang telah kita lakukan? Apakah sikap dan tindakan kita dalam menyatakan protes terhadap tindakan biadap rejim zionis yahudi Israel laknatullah ini? Adakah kita hanya duduk di sofa empuk di depan TV menyaksikan semua kekejaman ini berlaku begitu saja? Apakah yang boleh kita lakukan???

Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang sangat menarik untuk kita sama-sama baca, fahamkan, ambil pengajaran dan seterusnya mengambil tindakan atas apa yang disarankan.

Saya juga menyeru kepada anda semua untuk forward kan artikel ini kepada seberapa ramai kawan-kawan kita yang lain.

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah : manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi.

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Sumber artikel : Genta Rasa
Tulisan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Allahu Akbar!!!

READ MORE … Cara Sebenar bagaimana untuk PROTES ISRAEL

Wednesday, May 26

Bila Izrail datang memanggil…

Mati?Semua orang akan mati..tapi bersedia ke kita untuk menempuh alam kubur?Bersedia atau tak,kalau dah sampai masa kita tetap akan mati..Cukup ke amal ibadat kita kat dunia ni? Cukup atau tak kita tetap akan mati…Dah bertaubat ke kita? Mati kita pada bila-bila masa…tanpa kita jangka..tanpa kita rancang…Macam mana kalau kita tak sempat bertaubat? Rugilah kita….Bila dah terlambat,tak sempat bertaubat,menyesal kah kita? Menyesal pun  tak lagi berguna bila roh sudah terpisah dari jasad…kita cuma boleh berharap pada sedekah jariah kita, doa anak kita yang soleh dan ilmu yang kita dimanfaatkan..Macam mana kalau kita tak ada 3 perkara ni? Apa lagi yang kita boleh harapkan?

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

READ MORE … Bila Izrail datang memanggil…

Thursday, April 22

Tanda-Tanda Saat Kematian

Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan94 hm28-1 ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalahkubur di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

 

READ MORE … Tanda-Tanda Saat Kematian

Wednesday, April 7

Doa menghilangkan rasa marah.

Doa Menghilangkan Rasa Marah :

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :


La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Doa Menjauhkan Permusuhan :

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.
Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”
READ MORE … Doa menghilangkan rasa marah.

Thursday, February 11

Elak angin ahmar @ Strok


Angin ahmar,jika kita diberi pilihan,ibu pasti tiada siapa yang nak akan penyakit ini..Kalau boleh semua orang nak elak dari terkena angin ahmar.Ibu ada terbaca dalam beberapa artikel mengenai angin ahmar,risikonya boleh membawa maut dan juga boleh mnyebabkan lumpuh separuh badan.

Dalam pembacaan ibu,Nabi SAW menyuruh kita umatnya,membaca doa untuk mengelak angin ahmar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Sebaik-baiknya diamalkan setiap hari.

InsyaAllah,berkat doa dan usaha kita,Allah akan pelihara kita dari penyakit ini.

Disini,ibu sertakan doa untuk elak angin ahmar.Sebenarnya ada dua versi,satu yang pendek,satu yang panjang.Tapi ibu rasa mungkin ramai yang akan pilih untuk baca yang versi pendek.
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير

Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.

Untuk pengetahuan semua,disini ibu sertakan bacaan ibu mengenai sejarah angin ahmar.


Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga menjelma satu makhluk sepeti lembaga manuusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang lembaga itu menjawab bahawa dia bernama 'ar Raihul Ahmar' (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hinga hilang akal. Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh 'ar Raihul Ahmar' itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitah Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Bagida pun membaca doa tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat walaifiat.

Wallahu'alam





READ MORE … Elak angin ahmar @ Strok

Friday, January 8

Isu Penggunaan Nama Allah Antara Aqidah & Taklid Buta

Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.

Diriwayatkan daripada Tsauban ra. yang berkata telah bersabda rasulullah sallallahualaihiwasalam dengan sabdanya yang bermaksud : " Sesungguhnya apa yang aku risaukan ke atas umatku ialah pemimpin yang menyesatkan..." (hadis riwayat Tirmidzi dalam bab Fitan no.2229) disebut darjatnya Hasan Sahih.

Orang bercakap soal agama di mana-mana termasuk Menteri-Menteri yang merujuk agama hanya daripada Kamus dan Ensiklopedia (TV3 - Buletin Utama,2 March 2009)

Kita apabila melihat isu ini dengan ilmiah, mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan kewujudan.

Perbezaannya ialah hanya pada Siapa layak disebut Allah ? Sifat dan Ciri Allah, juga apakah ajaran yang datang daripada Allah ?

Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.


Isu Allah, bolehkah Agama lain menggunakan Nama "Allah" merujuk tuhan mereka ?

Di dalam Islam kita tidak disuruh mengorek rahsia orang sehingga kepada apa yang ada di dalam hati orang lain seperti kita tidaklah disuruh menyoal apakah motif pihak yang mahu menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka.

Kita apabila melihat isu ini dengan ilmiah, mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan kewujudan.


Perbezaannya ialah hanya pada Siapa layak disebut Allah ? Sifat dan Ciri Allah, juga apakah ajaran yang datang daripada Allah ?

Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Kristian berpegang kepada rujukan mereka iaitu Bible bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri dan menjadikan Jesus sebagai Anak Allah.

Kita (orang Islam) tidak bersetuju dengan Kristian di dalam hal tersebut tetapi kita tidak boleh mengatakan bahawa bukan Allah tuhan mereka...kerana tuhan mereka tetap Allah dan apa yang mereka anggap tuhan itu sebenarnya ialah Allah swt cuma sifat-Nya dan ciri-ciri Allah itu yang kita perselisihkan. (puncanya rujukan tidak sama apabila kita merujuk Al-Quran dan mereka (Kristian) merujuk Bible)

Apabila kita menafikan hak Kristian untuk memanggil tuhan mereka sebagai Allah, kita sebenarnya menafikan bahawa Islam ialah pelengkap kepada ajaran Kristian dan yahudi serta pelengkap kepada kitab suci Taurat dan Injil yang semuanya berasal daripada Allah swt.

Bagaimana kita hendak menolak Firman Allah swt yang bermaksud :

"dan kami turunkan Taurat dan Injil, sebelumnya (Sebelum Quran) sebagai pertunjuk kepada manusia." (Ali-Imran : 3-4)

Allah memerintahkan kita mengakui kewujudan ajaran Taurat dan Injil serta rasul-rasul yang membawa kitab-kitab tersebut melalui Firman-Nya yang bermaksud :

"Katakanlah (Wahai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah : 136)

Kenapa kita hendak membezakan tuhan Kristian dengan tuhan kita yang hakikatnya ialah sama iaitu Allah ? Rasul mereka iaitu Jesus (Isa) juga adalah rasul kita !

Firman Allah swt : " Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al-Baqarah : 285)

Hanya kita berbeza pada apa yang dibawa oleh sumber masing-masing (antara Al-Quran dan Bible) mengenai aqidah tentang Allah !

Hanya kita berkeyakinan bahawa Bible (Taurat & Injil) itu telah diubahsuai namun dari sudut keimanan, kita wajib menyakini bahawa Taurat dan Injil itu berasal daripada Allah dan merupakan kitab Allah dan tuhan yang disebut oleh Injil dan Yahudi itu ialah Allah.

Ini kerana Allah jelas menyebut di dalam Al-Quran dengan bermaksud : " Kerana mereka (bani Israel) melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka (bani Israel) suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Maidah : 13)

Apakah belum jelas wahai penguasa pentadbiran agama ? tentang isu ini ?

Bezanya aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Aqidah Islam) yang berasal daripada Al-Quran dan As-Sunnah menyakini Allah itu wajib disifatkan menurut apa yang diwahyukan melalui kedua-Nya dan hasilnya Allah pada kita (umat Islam) berbeza dengan ciri Allah pada agama Kristian dan Yahudi.

Di sinilah terpancar kepentingan Aqidah Islam untuk dipelajari oleh umat Islam supaya mereka mengetahui Siapakah Allah ? Apakah sifat-Nya ? dan mempelajari apa kata Al-Quran dan As-Sunnah tentang Allah untuk membolehkan mereka beriman dengan-Nya dan membezakan Allah yang difahami berdasarkan ciri-ciri yang di bawa oleh agama lain.

Ada hikmah rupa-Nya kejadian ini, menyedarkan umat Islam bahawa mereka perlu mempelajari aqidah ! Perlu mendalami aqidah dan perlu melengkapi anak-anak kecil dengan ilmu Aqidah bukan hanya kerana takut tersilap dan terkeliru dengan isu Allah ! tetapi supaya anak-anak tahu siapakah Allah ? Apakah ciri-ciri dan sifat Allah yang selama ini tak pernah pun nak ambil tahu !

Bukan mengambil keputusan menghalang penggunaan nama Allah oleh agama lain konon hendak mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam dan anak-anak Islam...yang akhirnya akan mengundang lebih banyak kekeliruan...tak percaya ?

Baiklah, kalau seorang paderi Kristian mengatakan yang menciptakan alam ini bukan Allah apakah itu bukan mengelirukan ? Habis siapa ? Kerana Umat Islam mempercayai yang menciptakan alam ini ialah Allah !

Bukankah lebih senang difahami, sekiranya baik Islam mahupun Kristian menyakini bahawa yang menciptakan alam ini ialah Allah ! tetapi Allah bagi umat Islam sifat-Nya ialah Tunggal dan Esa, tiada anak dan tiada isteri tetapi Allah bagi orang bukan Islam (Kristian misalnya) mempunyai anak. Budak kecil dan anak kita akan bertanya kenapa berbeza ? kita akan menjawab kerana Islam merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah manakala Kristian merujuk kepada Bible.

Lebih mudah bukan ?

Susah sangatkah JAKIM hendak menyedari yang anak-anak Islam semakin sesat dan menjauh daripada agama Islam sekalipun penggunaan nama Allah hanya untuk orang Islam.

Sekurang-kurangnya dengan penggunaan nama Allah bagi agama lain akan membuatkan ibu bapa Islam lebih peka, lebih risau dan lebih berusaha menanamkan ilmu tauhid, ilmu aqidah kepada anak-anak mereka agar tidak tersalah mengambil "Allah" sebagai tuhan, ingat anak-anakku, tuhan kita ialah Allah yang tersebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah...susah sangatkah hendak berkata demikian ?


Punca JAKIM dan ISU ALLAH menjadi ISU

Saya tidak melihat ada alasan lain kenapa JAKIM menolak penggunaan nama Allah sebagai sesuatu yang merujuk kepada tuhan yang umum bagi semua melainkan disebabkan mereka (ulama JAKIM) majoritinya tidak berfaham dengan kefahaman tauhid yang terbahagi kepada tiga bahagian (iaitu Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah, Tauhid Asma Wal Sifat)

Mufti-mufti dan ahli jawatankuasa Fatwa yang kebanyakkannya berpendapat Tauhid itu cuma satu iaitu Mengesakan Allah dan beraqidah dengan faham ilmu kalam (mantiq) yang dibawa sejak dahulu ke tanah melayu di atas nama Asya'irah dan Maturidiyah pastinya menolak Tauhid Rububiyah yang dibawa oleh Ulama-ulama yang menyakini Tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Tauhid Rububiyah misalnya menyakini bahawa Mengesakan Allah di dalam bab penciptaan dan mengakui bahawa Allah sebagai pentadbir dan penguasa itu adalah wajib dan hal itu merupakan fitrah ke atas semua manusia baik yang Muslim mahupun bukan.

Ini disebabkan mereka (ulama yang berfaham demikian) merujuk kepada ayat Al-Quran yang menjadi bukti bahawa orang-orang Musyrikin Mekah dahulu, sekalipun kafir dan tidak beriman namun tetap mengakui Allah sebagai tuhan, memanggil-manggil nama Allah swt di dalam urusan harian mereka , seperti bersumpah dengan nama Allah dan berdoa serta bertawaf di atas nama Allah.

Hanya sahaja mereka mensyirikkan Allah dan menjadi golongan musyrikin disebabkan tidak mentauhidkan Allah di dalam perihal Ibadah yang disebut sebagai tauhid kedua yang diberi nama Tauhid Uluhiyah.

Ustaz Dato Nik Abd Aziz (Mursyidul Am PAS) berpendirian seperti ini begitu juga dengan tokoh agamawan popular seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis).

Realitinya, majoriti ulama Islam khasnya yang berfaham dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah menerima tauhid yang terbahagi kepada tiga bahagian ini seperti Imam Ibnu Mandah (wafat 359 H), Imam Ibnu Batthoh Al-'Akbari (meninggal 387 H) di dalam kitabnya Al-Ibanah 'An Syariati Al-Firqatin Najiyah wa Mujanibatil Firqatil Mazmumah.

Imam At-Thurthusy (meninggal 520 H) menyebutkan dalam muqaddimah kitab Sirajul Muluk dan Imam Al-Qurthubi (wafat 671 H) Kitab Al-Iman oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah (Wafat 728 H)

Tidak kurang pula ulama moden hari ini yang dihormati keilmuan mereka turut mengakui kebenaran tauhid yang tiga ini termasuk pejuang Islam terkenal seperti Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan majoriti ahli Ikhwan Muslim (IM), para ulama seperti Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi (Dekan Fakulti Pengajian Ilmu Islam Universiti Qatar), Prof.Dr Abdul Karim Zaidan (Pakar Usul Fiqh Sedunia, Pengarang kitab Usul Fiqh yang digunakan oleh ribuan univeristi di seluruh dunia Islam), Prof. Dr Abdul Wahab Ad-Dailami dan lain-lain ulama' di serata dunia Islam.

Saya hairan, disebalik kewujudan ramai ulama Islam di timur tengah dan kepesatan kajian ilmu agama dan perkembangan ilmu, di negara kita ianya seolah-olah tidak begitu terusik dan teruja.

JAKIM dan Majlis Agama Islam di setiap negeri lebih bersikap menutup ruang percambahan ilmu di dalam masyarakat, lebih suka mengambil jalan mudah dengan menutup ruang khilaf (perselisihan pendapat) semata-mata kerana alasan rakyat akan terkeliru dan orang awam akan binggung.

Kalau sudah tahu begitu, perbanyakkanlah ruangan ilmu, rancakkan pengajian agama dan memajukan kajian dan perbahasan ilmiah bukan mengongkong Umat Islam dengan satu mazhab, dengan satu pendapat dan hanya satu aliran hanya kerana mahu mengelakkan kekeliruan dan orang jahil tidak faham.


Apakah harga yang dibayar oleh JAKIM dan Majlis agama dengan perbuatan sebegini ?

Harganya ialah "MALAYSIA BOLEH" di dalam semua hal dan banyak perkara baru akan diterokai tetapi agama Islam menjadi tidak boleh dalam banyak hal sehingga agama dilihat menjadi sebab kemunduran dan generasi muda akan meninggalkan Islam.

Agama Islam dilihat kolot, keras, tidak berdaya saing dengan arus kemodenan lantaran ahli agama dan penguasa agama yang berkuasa di dalam urusan agama Islam berkeras mahu mengongkong pemikiran masyarakat hanya dengan isu dan bab-bab yang diputuskan oleh majlis agama sahaja.

Belum lagi politik di ambil kira, peranan agama menjadi semakin jauh dan sayup ketinggalan apabila kekuasaan menjadi taruhan. Masing-masing membaca ayat Al-Quran,mahu menunjukkan mereka mempunyai dalil dan hujah di dalam tindakan.

Agama menjadi bahan sandaran dan ayat perkuat (azimat atau semacam tangkal) sekadar menguatkan pilihan yang dibuat....

Pilihan sudah dibuat terlebih dahulu, baik oleh prosedur, sentimen atau faktor kepentingan tertentu...kemudian barulah mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai penyokong.

Al-Quran dan As-Sunnah bukan lagi menjadi rujukan utama, bukanlah lagi menjadi penentu keputusan dan pembeza di antara yang haq dan bathil (Al-Furqan).


Inilah zaman orang-orang Ruwaibidhoh berkuasa !

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu Wahai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina serta tidak mengerti urusan orang ramai".(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Selamat datang ke zaman ini !

Oleh: Ustaz Emran Ahmad
Sumber: http://ustaz.blogspot.com/


P/S Untuk bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Klik sini
READ MORE … Isu Penggunaan Nama Allah Antara Aqidah & Taklid Buta

Sunday, November 1

Cantik biar mematuhi syariat

WANITA mana yang tidak mahu tampil cantik? Di zaman moden ini, bagi segelintir wanita, penampilan cantik dan menarik, memang menjadi prioriti atau letak di tangga teratas. Meskipun, kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif nilaiannya.

Boleh dikatakan pelbagai cara sanggup dilakukan demi memiliki kecantikan yang ideal. Bukan sahaja ke salon kecantikan, mengunakan aneka kosmetik, mengenakan pakaian berjenama, bahkan sehingga sanggup menjalani pelbagai jenis pembedahan, waima ada antara kaedah tersebut membahayakan diri serta mengundang dosa.

Yang pastinya, soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada kamus hidup setiap yang bergelar wanita, apatah lagi cantik itu adalah fitrah manusia.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika kita lihat kaum lelaki era moden ini juga semakin prihatin berkaitan penampilan diri dari segi lahiriah.

Pun begitu, perlu diingat bahawa kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa.

Umat Islam terutamanya, kaum wanita Muslim di negara ini pernah dikejutkan dengan isu suntikan Botox.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan kaedah ini yang diyakini mengubah kejadian Allah, sekali gus menyimpang daripada ajaran Islam yang syumul.

Hakikatnya, bukannya mudah untuk menegah atau menghentikan serta-merta sesuatu yang agak sudah sebati dalam dunia kecantikan ini.

Apa lagi, golongan yang sanggup berhabis ribuan ringgit dan menolak hukum Allah SWT hanya semata-mata untuk kelihatan cantik adalah orang Islam itu sendiri.

Baru reda dengan kekalutan Botox, sekali lagi umat Islam dikelirukan pula dengan penggunaan unsur (habuk-habuk) emas 24 karat di dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit.

Penceramah yang suatu ketika dahulu popular dengan saranan teknik ‘cakaran harimau’ dan ‘urutan labah-labah’, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, mengakui beliau pernah ditanya oleh orang ramai tentang pandangan Islam mengenai penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur emas 24 karat atau adakah ini dinamakan susuk moden?

Siti Nor Bahyah selaku jurucakap Halal Safi menjelaskan, Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam.

Ini kata beliau dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”

Malah tegas beliau, tidak salah di dalam Islam kita berikhtiar untuk menjaga wajah, kesihatan, penampilan diri tetapi biarlah dengan kaedah dibenarkan di dalam Islam.

“Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantikan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza.

“Mengapa saya katakan begitu? Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.

“Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah.

“Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit,” katanya.

Merawat masalah

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat, ilmu guna-guna adalah syirik. Sudah jelas adanya unsur syirik di situ iaitu percaya kuasa lain selain daripada Allah SWT”.

Demikian juga firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putera Maryam.” Padahal al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel. sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.

Kata Siti Nor Bahyah, ini jelas haram di sisi Islam, waima dengan alasan untuk tatapan pasangan iaitu suami.

Mengikut apa yang difahamkan kepada beliau oleh Pengurus Produk Safi, Mahsuri Sulaiman: “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis.

Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit.

Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.

Malah akui Siti Nor Bahyah, wanita diharuskan memakai emas. Seperkara lagi produk Safi ini bebas daripada bahan alkohol.

Mengulas tanggapan yang mendakwa pemakaian segelintir produk kecantikan, akan membuatkan wajah lebih menonjol, seterusnya menarik perhatian ramai dan bukankah ini dikira telah mengubah kejadian Allah?

Menurut Siti Nor Bahyah yang sempat berkunjung ke pejabat Mega, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam. Contohnya, Botox yang jelas mengubah bentuk wajah seseorang itu.

Bagaimanapun penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold, ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi ia lebih kepada merawat wajah iaitu dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut.

Perlu ditekankan di sini, ini tidak merubah ciptaan Allah tetapi bermatlamat kepada membantu merawat masalah yang dihadapi.

Oleh itu, menurut Siti Nor Bahyah, untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.

Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.

“Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam. Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian,” katanya walau apa pun ia berbalik kepada niat seseorang itu.

Malah tambah beliau, ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Pesanan Siti Nor Bahyah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya. Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.” Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan...

Berkongsi cerita bagaimana diri beliau dilamar sebagai jurucakap halal Safi, jelas Siti Nor Bahyah, perkara pertama yang beliau lakukan sebelum mengambil keputusan menjadi jurucakap Halal Safi adalah dengan memastikan Sijil Halal yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya kemudian ditunjukkan dan diberi penerangan tentang bahan mentah yang digunakan dalam keseluruhan produk kecantikan Safi. Seterusnya, melawat ke kilang mereka.

“Apabila timbul keyakinan dan merasakan ini adalah satu cabang dakwah untuk menyampaikan masyarakat bahawa ini adalah satu produk yang 100 peratus halal dan boleh digunakan tanpa rasa was-was, lantas saya menerima tanggungjawab tersebut,” kata beliau.

Cantik itu tidak salah

Sejauh yang ramai kenali, Siti Nor Bahyah adalah seorang penceramah yang diakui popular menerusi dakwah beliau secara langsung, buku dan cakera padat.

Namun semenjak melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan produk kesihatan, persoalan pertama yang muncul ialah bagaimana dapat dijelaskan kesinambungan dakwah beliau menerusi bidang baru tersebut.

“Dakwah ini luas, kalau biasanya saya kerap muncul di kaca televisyen, radio dan akhbar atau majalah dan lebih popular dengan topik-topik berkaitan kekeluargaan dalam Islam tetapi dengan tawaran daripada Safi ini, memberi peluang untuk berdakwah tentang kecantikan di dalam Islam,” jelasnya.

Bercakap soal cantik ini, kata Siti Nor Bahyah, semua wanita mahu kepada kecantikan termasuklah beliau sendiri. Malah trend serupa juga berlaku kepada kaum lelaki.

“ Oleh itu, saya ingin mengajar kepada umat Islam seluruhnya bahawa cantik itu tidak salah tetapi biarlah kita menggunakan produk yang 100 peratus halal.

“Ini kerana banyak produk kecantikan yang terdapat di pasaran tetapi menimbulkan keraguan ramai pengguna Islam,” jelasnnya.

Lebih-lebih lagi kata Siti Nor Bahyah, aspek pemakaian dan pemakanan itu ada hubung kait yang sangat rapat dengan ibadat seseorang Muslim itu.

Contohnya dalam bab berdoa kepada Allah. Apa gunanya jika kita tidak menjaga sumber makanan yang diambil dan pakaian yang digunakan, jika ia adalah daripada jalan yang haram atau subahat.

“Sebenarnya, apa yang saya lakukan sekarang ini, semua di luar jangkaan. Pada saya ini adalah anugerah dan kurniaan Allah SWT dan milik-Nya.

“Jadi apabila kita gunakan ia ke jalan kebaikan, sudah pasti rezeki pemberian Allah SWT kepada kita datang mencurah-curah. Matlamat pokok ialah berdakwah menyebarkan syiar Islam,” katanya begitu juga gelaran sebagai pendakwah itu juga tidak dirancang.




Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood kini memasuki tahun kedua bergelar Jurucakap Halal Safi menegaskan pengguna Islam tidak perlu was-was dengan penggunaan aneka produk kecantikan berjenama Safi.






READ MORE … Cantik biar mematuhi syariat

Saturday, September 12

Wanita lebih utama solat di rumah

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan tentang kedudukan wanita dalam solat berjemaah. Adakah hadis sahih yang kata perempuan tidak digalakkan turun surau?

Adakah sirah Nabi atau para sahabat yang mana ada muslimat yang komited untuk berjemaah di surau?

Jawapan:

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).

Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.

Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.

Beberapa Syarat

Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya.

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.





READ MORE … Wanita lebih utama solat di rumah

Saturday, July 18

Tanda-tanda kiamat

Soalan:

Kebelakangan ini kita lihat bermacam-macam bencana berlaku, seperti gerak gempa, tanah runtuh, wabak penyakit berjangkit, jenayah kekerasan (termasuk pembunuhan, rogol, sumbang mahram dan lain-lain).

Adakah bencana yang berlaku ini akibat perbuatan mereka atau sejauh mana ia berkaitan dengan hari kiamat.

Jawapan:

Kalau kita masih ingat lagi dalam peristiwa Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW dibawa menaiki kenderaan yang bernama Buraq yang terpantas sepantas kilat baginda menoleh dan melihat bumi tempat tinggal manusia dan segala makhluk yang lain seumpama seorang wanita tua.

Tasybih (disamakan) bumi dengan seorang wanita tua ada kaitannya dengan usia bumi. Ditasybihkan agar manusia segera dan pantas memahami kehendak Allah melalui lisan baginda Rasulullah SAW.

Semoga dengan demikian manusia hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran serta langkah-langkah yang sewajarnya dalam menjaga dan memelihara alam tabie yang menjadi amanah kepada manusia.

Maksudnya bumi diumpakan seperti wanita tua, dari sudut biologinya wanita tua kebiasaannya semestinya uzur. Bila uzur ada kaitan dengan keaktifan seseorang, yang pastinya yang muda tidak sama dengan yang atau dari segi kudrat dan tenaga, apatah lagi dari segi kesihatannya.

Bermula dengan tsunami dari tahun 2004 yang meragut jutaan nyawa manusia hinggalah yang terakhir gempa bumi di Padang dan banyak lagi.

Ditambah suhu panas yang semakin meningkat, atmosfera dan ozon yang semakin menipis sehingga suhu semakin membahang dari hari ke sehari.

Walaupun sebahagian kerosakan berpunca dari tangan-tangan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41)

Punca kerosakan di daratan dan lautan adalah kerana ketamakan manusia merakusi bumi Allah SWT atas alasan pembangunan dan pemodenan kawasan. Maka berlakulah banjir kilat di beberapa tempat, tapi manusia tidak belajar.

Kebanyakan perkara yang dinyatakan telah pun berlaku dan ada yang masih berlaku, antaranya adalah tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda-tanda kiamat

Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.

Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, "Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.

"Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".

Ibnu Hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
Vaio X - Just Right. Nothing More.

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)




READ MORE … Tanda-tanda kiamat
 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily