Thursday, December 10

1 Malaysia

Konsep “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abd. Razak apabila beliau dilantik ke jawatan itu 3 April lalu. Biasalah, itu tradisi setiap PM mesti akan memberikan nafas baru dalam pentadbiran dorang. Ketika Pak Lah dilantik menjadi Perdana Menteri dulu slogan yang dicanangnya ialah “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” dan Islam Hadhari.

Namun, belum pun apa-apa banyak komen yang kurang memberansangkan terhadap ’slogan’ Pak Najib itu dan bermacam kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai konsep itu.

Sebenarnya bukanlah susah sangat pun untuk memahami konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Najib itu. Sekali imbas dan sekali baca saja pun kita sudah dapat menangkap maksudnya. Hanya orang yang berkepentingan sahaja yang mungkin sukar memahami maksud konsep itu malah turut pula mengelirukannya.

Konsep Satu Malaysia menyarankan rakyat Malaysia supaya lebih patriotik dan menumpahkan taat setia, kecintaan dan manabur bakti kepada negara. Negara Malaysia adalah satu, tiada dua dan tiada tiga. Justeru, kalau rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia tidak cintakan dan tidak mahu menabur bakti kepada negara tercinta lagi, apa nama warganegara dan kewarganegaraan.

Konsep Satu Malaysia juga menyeru semua rakyat bersatu-padu. Malaysia adalah satu. Semua rakyat dan bangsa di Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Justeru, bersatulah untuk membangunkan Malaysia yang satu ini.Itu saja. Konsep Satu Malaysia ini sebenarnya bukan susah untuk difahami pun.Ia bukan konsep yang abstrak dan susah difahami.







0 comments:

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily