Al-Fatihah buat arwah Harris Nazhan..saat ibu mencoret di sini,ibu baru mendapat tahu khabar sedih nie..ibu dpt msg facebook dari aida "salam....cheqja..nk bgtau..taksat td sya kol aku. bgtau kata naz xcident kat kuala lipis. 2-3 hari lepas..anak dia meninggal.."
Ya Allah,ibu terkedu..ibu tak dapat nak tahan air mata nie.INNALILLAHHIWAINNAILAIHIRAJIUN..ibu cuba kal Naz,tapi ibu cuma mampu bertanya khabar,ibu tak mampu nak bertanyakan Harris..ibu xmahu dia dgr ibu menangis..ibu tau walaupun ibu sedih,tapi dia yang menghadapi semua nie mesti lagi sedih..tak tertanggung rasanya bila kehilangan anak tercinta...
Ya Allah kuat kan semangat kawan ku Naz..Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala sesuatu.
Ibu kenal Naz masa masa kami sama-sama kat brickfield,dah lama ibu tak jumpa naz,last jumpa pun 3 thn yang lepas..masa tu kami masing2 lum ada anak..kami sama-sama pregnant anak sulong,kami selalu bercerita pasal pregnant,pastu pasal anak2..Ibu selalu follow blog Naz …Ibu selalu tgk pic harris,sbb anak kami sebaya..Ibu dah rasa harris macam anak sendiri.. Kuatkah ibu..hinggakan adik demam pun ibu dah menangis ,ibu dah tak sanggup nak pergi kerja kerana ibu nak sentiasa bersama adik sehingga adik sihat dan mendoakan keselamatan adik.
Ya Allah,Kau kuat kanlah semangat Naz,kehilangan anak yang hampir 2 tahun bersama,yang sudah pandai beraksi,pasti akan menerbitkan rasa rindu yang teramat …Semoga Allah murahkan rezeki Ummi Harris, dan tabahkan hati² mereka yang kehilangan cahaya mata tersayang dalam sekelip mata ni.Ibu terasa nak balik peluk anak Ibu. Sesungguhnya Ibu tak sanggup kehilangan mereka, walaupun seketika.
Bersemadilah anakanda Harris Nazhan. Semoga dikau menjadi pemimpin tangan Ummi dan Babamu ke syurga…Al-Fatihah buat Allahyarham Harris Nazhan....
__________________________________________________________________
Bayi 18 bulan maut nahas jalan raya
KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata Haris Nazhan Hazimin yang duduk bahagian belakang meninggal dunia di Hospital Lipis (HL) kerana parah di kepala dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 malam. Katanya, ibu mangsa, Naz-rinawati Mahmud, 27, cedera dan patah bahu kiri manakala nenek mangsa, Mek Abdullah, 57, bengkak di kepala.
"Bapa mangsa, Mohd Hazimin Hashim, 31, hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, siasatan mendapati, Mohd Hazimin dipercayai cuba memotong beberapa kenderaan di depan. Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah Lipis menghala ke Gua Musang bertembung dengan MPV yang dipandu Mohd Hazimin.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di kerusi belakang tercampak ke depan sebelum kepalanya dipercayai terhantuk pada papan pemuka kenderaan berkenaan. "Semua mangsa terbabit berjaya dikeluarkan orang ramai sebelum menghantar Nazrinawati dan Mek ke HL untuk menerima rawatan lanjut. "Polis sudah mengambil keterangan Mohd Hazimin bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Abdul Razak berkata, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya sebaik saja bedah siasat selesai dijalankan.
| Category :
Diaries
|

0 comments:
Post a Comment