Friday, July 23

Apa yang kita cari…

Ada banyak perkara yang kita cari , tapi akhirnya kita akan kecewa:

1.Kesempurnaan

Jika korang mencari kesempurnaan, korang sebenarnya mencari sesuatu yang mustahil.Tiada manusia yang sempurna dari semua sudut.Kita hanya boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik.

2.Tidak Melakukan Kesalahan Dan Kesilapan

Tiada manusia di dunia yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.Kita hanya boleh berusaha untuk mengurangkan kesalahan dan kesilapan.Jika korang marahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan dan kesalahan, korang tidak berlaku adil kepada diri sendiri.

3.Ingin Dapat Apa Yang Korang Hendak

Kita hanya boleh mempunyai matlamat dan berusaha untuk mendapatkannya.Tetapi ia tidak bermakna korang akan mendapat semua yang korang hendak.Ada juga korang tidak akan dapat semua yang korang hendak.Itu adalah normal.

4.Sikap Manusia Boleh Diubah Dengan Cepat

Jika korang fikir semua manusia boleh berubah sikap dengan cepat, korang sebenarnya membuat kesilapan.Mengubah sikap manusia akan mengambil masa.Setengah akan berubah.Setengah pula tidak.

6.Korang Ingin Sentiasa Membuat Keputusan Yang Betul

Tiada manusia yang sentiasa membuat keputusan yang betul.Ada juga yang membuat keputusan yang salah.Kita hanya boleh berusaha untuk memastikan ianya adalah satu keputusan yang betul

7.Korang Mengharapkan Langit Akan Sentiasa Cerah

Kehidupan ini banyak dugaan dan ujian.Jika korang sentiasa harapkan langit akan sentiasa cerah.Mungkin korang sedang hidup dalam dunia sendiri.

2 comments:

Iman's Umi on July 23, 2010 at 10:42 AM said... [Reply]

Sedih btl bc en3 ni...mmg begitulah sy tika dan saat ini...

leeza on July 23, 2010 at 11:11 AM said... [Reply]

@IMAN'S UMIawak sabar yer...Allah tetap bersama kita

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily