Monday, July 26

kisah cinta:langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada
langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya
langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan
kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit
mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya
tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh
hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap
hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa,
mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya
sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut,
menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat
melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir
awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil.
Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan
langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang
mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan
terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi
melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan
terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya
mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah.
Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali
memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan
langit, di situlah mereka berpacaran.

4 comments:

Mario on July 27, 2010 at 2:13 AM said... [Reply]

dalam ni maksudnya ni...

nanad on July 27, 2010 at 9:09 AM said... [Reply]

soo sweeeett =)

leeza on July 27, 2010 at 10:13 AM said... [Reply]

@Mario hehehhe..memang dalam..

leeza on July 27, 2010 at 10:14 AM said... [Reply]

@nanad kita pun leh praktikkn camtu gak :-)

Post a Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily