1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika korang dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang korang gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit korang dikunci ( Keypad lock ) .
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah korang tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta korang ketika itu terkunci dari luar.Mesti korang lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta korang.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba korang hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta korang.Kemudian pegang telefon bimbit korang dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta korang tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta korang berada.Kerana itu juga,penting untuk korang menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang korang percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit korang sudah terlalu lemah atau mati sedangkan korang perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit korang akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila korang mengecas telefon bimbit korang .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit korang dicuri.Korang boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit korang,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit korang akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit korang dicuri,korang boleh hubungi pusat servis telefon bimbit korang dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit korang dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya korang berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
9 comments:
rahsia penting ni..
haha..
nak try buat la..
:)
waa..menarek nih!hu3
rahsia eh.. hehe..nice
nak try buat la yg keta tuh..=)
wah...gud info..hu3 tq
handset touch screen. so how?
wow..gempak gile hp sbnanye..bab yang boleh tekan alarm dari umah gune hp tu paling terer setakat ni...mcm nk pi buat xperiment plak
perghhhh...mantap!!!TQ share..saya pun nak share juga smthing di blog saya,sbgai tanda terima kasih atas info yg sgt bagus ni.
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat
nice! xpenah tw psl bende ni..hee :P
Post a Comment