Friday, May 21

Amalan ibu mengandung

Salam semua..ai sangat suke kalau bab – bab ngandung ni..sape tak suke kan..proses yang sangat bahagia..9 bulan kita bawa hamba Allah kat dalam rahim kita..dari sekecil buah anggur hingga la 3 4 kilo berat baby tu..Besarnya ciptaan Allah,subhanallah..Bila kita ibu-ibu ni ngandung,mesti ada amalan-amalan yang seharusnya kita buat untuk kesihatan bayi dan juga menunjukkan tanda syukur diatas kurniaan Allah.Bila seseorang ibu tu dalam proses melahirkan,dan ibu itu habis nyawa nya..maka dia dikurniakan mati syahid.Betapa Allah SWT mengangkat darjat ibu-ibu ini.

Jom tengok apa kata Ustazah Siti Nor Bahyah mengenai amalan ibu mengandung.

 

 

READ MORE … Amalan ibu mengandung

Thursday, November 5

Kenali Personaliti Ibu Hamil


KEHAMILAN adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.
Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.
Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.
Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.
Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian.
“Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu.
Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,” ujarnya.
Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:
Ibu yang sering runsing
Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.
Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.
Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.
Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai gejala akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.
Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.
Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.
Ibu hebat
Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.
Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.
Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.
Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.
Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.
Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.
Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.
Ibu yang profesional
Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.
Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.
Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.
Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.
Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.
Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalaman serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.
Ibu sejati
Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.
Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.
Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.
Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.
Ibu yang tidak runsing
Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.
Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.
Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.

READ MORE … Kenali Personaliti Ibu Hamil

Kaedah Merancang Kehamilan

Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut. Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten. Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.


READ MORE … Kaedah Merancang Kehamilan

Diabetes Melitus semasa kehamilan

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.


Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?

Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.


Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.


Adakah GDM kerap berlaku?

Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.


Siapakah yang berisiko mengalami GDM?

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

  • Sejarah keluarga menghidapi diabetes.

  • Wanita berumur (>35 tahun).

  • Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.

  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.

  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.

  • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya


Intepretasi hasil ujian

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa

2 jam selepas glukosa diambil

Normal

<6


<8


Tolerans glukosa yang terganggu

6-8

8-11

Diabetes

>8

>11


Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.


Mengapa diet yang khusus disyorkan?

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah.

Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

  • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).

  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).

  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).

  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.

Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?

Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.


Penjagaan ubat-ubatan dan jarum

Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit

Perlukah melakukan senaman?

Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan par

as normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj. The American College of Obstetricians & Gynecolog

  • ists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan
  • selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak
  • mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.


Adakah anda perlu mengambil insulin?

Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes. Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?

Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur, berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?

Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar cara-cara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.


Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?

Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin.

Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya. Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran


Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?

Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor.

Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalamair kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.


Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?

Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.









READ MORE … Diabetes Melitus semasa kehamilan

Friday, October 2

Petua Hendak Dapatkan Anak (Zuriat)



Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut.
Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah. Insya Allah.

READ MORE … Petua Hendak Dapatkan Anak (Zuriat)

Sunday, January 20

Persiapan menyambut baby

TEMUJANJI BULANAN

Klinik kerajaan ? percuma
Klinik swasta ? RM30 ? RM200 bergantung kepada khidmat yang diberi.

PERSEDIAAN UNTUK WANITA/ISTERI

1.Bayaran Bersalin

Hospital kerajaan ? bayaran pendaftaran dan bersalin dibawah RM50.00
Hospital swasta berbintang contohnya Pantai Medical Centre, Damansara Specialist Hospital, SJMC dan seangkatannya, normal ? RM5,000 ke atas, pembedahan ? RM7,000 ke atas. Hospital swasta tak berbintang, normal ? RM1,300 ke atas, pembedahan RM2,500 ke atas.Jika bekerja dengan syarikat swasta, semak dengan majikan anda kerana kebanyakan syarikat ada menyediakan employee benefits berkaitan hal ini.

2. Pakaian untuk wanita mengandung

Pakaian untuk bakal ibu termasuk:

■baju mengandung
■pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam khas
■kasut bertumit rendah/sandal
Harga bergantung kepada di mana tempat ianya dibeli. Kalau yang berjenama sepasang boleh mencecah RM100-200. Beli yang berkualiti tak apa asalkan selesa dan tahan lama. Boleh dipakai bila mengandung di lain kali. Tips untuk jimat, beli kain buat baju kurung dengan pinggang getah (macam pinggang seluar maternity) atau beli jubah. Keduanya boleh dipakai bila tak mengandung.
■Diet khas
Semasa mengandung bakal ibu dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat, ambil kalsium lebih seperti susu segar atau susu tin khas untuk ibu mengandung. Wanita mengandung juga kadangkala mengidam, yang ni kalau kena yang mahal atau susah nak dapat, faham sajalah ya.
Jangan lupa dengan diet lepas bersalin contohnya ikan haruan.

■Ubat/supplement sebelum dan selepas pantang
Harga ikut jenama. Anggaran dalam RM10 (akar kayu, ubat tepi jalan, dll) sehingga RM500 seperti set lepas bersalin yang dijual oleh Cosway, Amway, Salindah, Nona Roguy dan lain-lain.

■Bayaran bidan atau tukang urut selepas pantang
Kalau kat kampung RM30 (3x urut), kat KL RM30 (minima) sekali urut. Ada bidan yang buat khidmat urut, lulur, masak makanan, jagakan anak semasa pantang. Kosnya RM300 ke atas bergantung kepada berapa hari perkhidmatan.

PERSEDIAAN UNTUK ANAK

■Pakaian
Beli yang besar sikit pun boleh, jangan beli size new born banyak sangat sebab selalunya boleh pakai sekejap saja. Beli yang kain kapas 100%. Harga bergantung kepada ada/tiada jenama.


■Tempat tidur anak
Pilih antara:

■Buai (RM50 ke atas) untuk satu set buai. Kalau nak jimat lagi beli set spring dia dan tali gantung di alang rumah. Letak kain batik pun boleh.

■Baby cot (RM90 ke atas). Kalau nak beli cari yang terus dapat satu set ? tilam, bantal, kelambu. Nak jimat beli baby cot terpakai di kedai perabot. Ini kena rajin surveylah. Selalunya orang guna sekejap saja baby cot ni dan dijual balik bila dah tak pakai.

■Tidur dibawah dengan tilam & bantal sahaja. Jangan lupa beli cadar dan sarung bantal lebih kerana bayi mungkin muntah atau kencing bocor. Aku tak beli bantal & tilam anak sebab semuanya mak dan mertua aku yang buat dengan kekabu.

■Makanan anak
Pilih antara:
■susu ibu ? Priceless
■susu tin ? RM10 ke atas ikut jenama. Botol susu dan berus botol jangan lupa beli.

■Suntikan imunisasi dan ubat-ubatan untuk anak
Bila anak dah lahir, esoknya akan disuntik dan seterusnya ikut kad imunisasi bayi. Kosnya ikut jenis suntikan. Anggaran RM30 ? 130 sekali cucuk. Suntikan imunisasi ini boleh didapati percuma di klinik kerajaan.


■Risiko anak sakit
Kemungkinan kena demam kuning atau bayi tak cukup bulan. Jika diletakkan di dalam kaca, bayarannya dikira lain pula jika di hospital swasta.

■Barangan peribadi anak
Putik kapas, bedak, losyen, sikat, sabun mandian, besen mandi anak, wet tissue dan sebagainya. Untuk basuh baju anak disyorkan guna Nappikleen.


■Lampin
Pilih antara:

■Kain lampin. Dijual dalam pack sedozen/setengah dozen dengan syarat kena rajin basuh. Jangan lupa beli pin besar dan lapik plastik luarnya.

■Lampin pakai buang. Size S/NewBorn untuk bayi baru lahir. Harga bergantung pada jenama.

KOS LAIN
■Duit minyak dan duit poket untuk urusan ulang alik hospital dan kampung jika isteri berpantang di kampung.


■Anak dijaga oleh siapa selepas ini? Pilih antara:
■Isteri yang tak bekerja ? Priceless
■Mak / mak mertua ? bayarlah ikut kemampuan, jangan nak percuma saja
■Pengasuh/nurseri ? ada yang ambil bayaran pendahuluan. Kena sediakan barang keperluan anak yang lain pula untuk dihantar ke sana.
■Pembantu rumah ? kalau baru nak mohon (yg asing) banyak juga nak pakai duit.
■Kenduri kesyukuran/akikah/cukur jambul kalau nak buat pakai duit lagi.


■Barangan lain seperti kereta tolak bayi (stroller), baby carseat, walker dan lain-lain.

Itulah sedikit sebanyak panduan kos yang aku boleh kongsi. Rancanglah perbelanjaan dengan baik dan buat pilihan mengikut belanjawan anda. Selamat menyambut orang baru, komitmen baru, harta baru. Sekiranya anda dijangkakan mendapat anak kembar, sila gandakan kos untuk barangan anak ya.
Sekali lagi, sampaikan panduan ini kepada bakal ibu dan bakal bapa yang anda tahu kerana anda mungkin menyelamatkan poket si bapa pula!





READ MORE … Persiapan menyambut baby

Tanda-tanda kelahiran

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).





READ MORE … Tanda-tanda kelahiran

Thursday, December 20

BERPANTANG SECARA RAWATAN TRADISIONAL DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

PENGENALAN
Menanti detik kelahiran adalah sesuatu yang mendebarkan bagi ibu-ibu terutamanya bagi yang menyambut kelahiran pertama. Tempoh sembilan bulan dilalui dengan penuh harapan dan ketabahan. Kandungan diberi perhatian yang sewajarnya semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan membawa sinar kebahagiaan.
Detik kelahiran yang tiba ditempuh dengan tabah. Tangisan pertama yang kedengaran bagaikan memberi semangat, apalagi apabila sicomel yang didakap buat pertama kalinya lena dalam pelukan. Terasa mengalir perasaan keibuan dan kasih sayang yang melimpah untuk sicomel.
Selamat melahirkan, bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.
Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi.
RAWATAN TRADISIONAL
Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.
Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.
Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita. Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.
Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku,
berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.
Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut menyegarkan badan
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.
Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-

· Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
· 3 camca besar halba
· 4 cm halia ( Zingiber officinale )
· 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )
· 3 ulas bawang putih ( Allium sativum )
· 5 biji bawang merah ( Allium cepa )
· Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
· 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
· 10 helai daun limau purut
· 6 batang daun serai bersama serai
· halia muda sebesar 4 kali ibu jari
· 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
· 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
· seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
· segenggam halba ( dipunjutkan )


CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI
Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

BERTANGAS
Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:
· 9 keping asam gelugur
· 2 camca besar garam jantan
· 3 helai daun sirih ( Piper betel )
· segenggam inai ( Lawsonia terma )
· halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
· 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

MEMAKAI BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-
· segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya )
· halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari
· isi kunyit terus sebesar ibu jari
· tiga ulas bawang putih ( Allium sativum )
· asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong
· secawan air kosong
· periuk tembikar dan sudip

cara membuatnya:
Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. ( Rujuk lampiran 2 untuk cara-cara memakai barut dan bengkung )

BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah 5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Makanan berkhasiat untuk yang berpantang
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.

Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. (Rujuk lampiran 3 untuk melihat resipi hidangan berkhasiat untuk ibu-ibu yang berpantang )
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. (


KESIMPULAN

Memperolehi badan yang sihat seperti sedia kala adalah menjadi keinginan setiap ibu selepas selamat melahirkan. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan pantang iaitu dari segi tingkah laku, makan dan minum serta mengamalkan rawatan-rawatan secara tradisional mengikut amalan warisan pusaka. Walaupun amalan ini belum dijalankan penyelidikan yang dapat membuktikan keesahannya namun bagi mereka yang merawat diri dalam pantang atau tidak dirawat memang ada bezanya dan dapat dirasakan oleh mereka sendiri semasa dalam tempoh berpantang atau selepas pantang. Tumbuhan yang dijadikan Allah melata di sekeliling kita banyak gunanya dan berkhasiat jika kita tahu cara mengadunnya.


Cara-cara mengikat bengkung
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.


Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut;
· Legumes - kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
· Susu dan hasil susu - susu, aiskrim dan keju.
· Sayur-sayuran - kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
· Sayuran berubi - kentang dan sengkuang
· Buah-buahan - prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
· Bijirin dan roti - kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
· Makanan berlemak - makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
· Cecair - minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
· Seserat (fiber) - kacang, oat, bran dan kacang panggang.





READ MORE … BERPANTANG SECARA RAWATAN TRADISIONAL DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

Thursday, June 16

ASID FOLIK SEMASA HAMIL

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):
* Keluarga yang pernah mengalami NTD
* Pernah hamil anak yang mengalami NTD
* Mengambil ubat sawan
* Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

READ MORE … ASID FOLIK SEMASA HAMIL
 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

Celebs Blog

Leeza Mohamad Copyright © 2010 Love Journal is Sponsored by HazlizaHusaini'sFamily