Wednesday, October 6
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Thursday, July 8
Dia isteri kamu !
Dia isteri kamu..jadi layan le dia sebaik-baiknya..jaga dia seperti kamu jaga diri kamu sendiri..layan dia seperti kamu layan diri kamu sendiri..kerana dia….
Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
Ingat tarikh penting
Hargai Isterimu
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".
Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri
Wednesday, July 7
Oh Suami..Oh Isteri..
Bisikan dan Perasaan Hati Isteri
- Suamiku, bermesralah dengan isterimu
- Suamiku, fahamilah perubahan semulajadi isterimu
- Suamiku, janganlah cepat cemburu
- Suamiku, bersikap romantik dan sayangilah isterimu
- Suamiku, buangkan sikap garang dan pemarahmu
- Suamiku, berusaha mengambil hati isterimu
- Suamiku, sesekali pandailah memuji isterimu
Bisikan dan Keluhan Hati Isteri
- Suamiku, rajinlah membantu isterimu
- Suamiku, janganlah mata keranjang
- Suamiku, adakanlah perbincangan dan perbualan denganku
- Suamiku, hargailah pendapat isterimu
- Suamiku, bersedialah mengakui kesilapanmu
- Suamiku, jangan suka berbohong
- Suamiku, bijaklah mengurus penampilan dirimu
- Suamiku, berikanlah perhatian terhadap keluarga
- Suamiku, sentiasalah bersikap adil
- Suamiku, laksanakanlah tanggungjawab kebapaan secara optimum
Bisikan dan Harapan Hati Isteri
- Suamiku, bekerjasamalah dalam menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak
- Suamiku, pertingkatlah pengetahuan agamamu
- Suamiku, uruskan masamu dengan baik
- Suamiku, fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar
- Suamiku, jangan terlalu leka dengan kerjayamu
- Suamiku, Buangkan sikap pemabukmu
- Suaniku, hentikan tabiat merokokmu
- Suamiku, jangan terlalu boros
- Suamiku, jangan terlalu ego
- Suamiku, pimpinlah keluargamu dengan penuh kaliber
- Suamiku, majukan diri dalam bidang kerjayamu
- Suamiku, fahamilah tahap-tahap perubahan dalam perkahwinan
- Suamiku, jadilah contoh kepada keluargamu

Oh.. Isteriku
Luahan dan Perasaan Suami
- Isteriku, iktiraflah kelakianku
- Isteriku, jagalah rumahku
- Isteriku, jangan leteri aku
- Isteriku, fahamilah perasaanku
- Isteriku, berbincanglah denganku
- Isteriku, hiasilah dirimu
- Isteriku, berlemah-lembutlah terhadapku
- Isteriku, hargailah pemberianku
- Isteriku, janganlah pilih kasih terhadap anak-anak
Luahan dan Keluhan Hati Suami
- Isteriku, jagalah makan minumku
- Isteriku, jagalah pakaianku
- Isteriku, didiklah anak-anakku
- Isteriku, raikanlah keluargaku
- Isteriku, sembunyikanlah kepintaran dan kelebihanmu
- Isteriku, janganlah membuang masamu
- Isteriku, janganlah banyak kerenah
- Isteriku, patuhlah kepadaku
- Isteriku, janganlah cemburu buta
- Isteriku, tunjukkanlah sifat sabarmu
Luahan dan Harapan Hati Suami
- Isteriku, iktiraflah kepimpinanku
- Isteriku, bantulah kejayaan kerjayaku
- Isteriku, jadikanlah anak-anakku insan berakhlak mulia
- Isteriku, permudahkanlah penglibatan sosialku
- Isteriku, janganlah boros
- Isteriku, hargailah kejayaanku
- Isteriku, galakkan hobiku
- Isteriku, suburkanlah pembangunan intelekku
- Isteriku, berjimat cermatlah
- Isteriku, berterus-terang dan berkomunikasilah denganku
- Isteriku, janganlah terlalu mengawalku
Dipetik dari buku 30 Luahan Perasaan Suami
Dr Hassan Hj Mohd Ali (1997)
Isteri Oh Isteri!
Kau umpama bidadari..
Yang pandai mengambil hati..
Yang cantik walaupun belom mandi..
Yang pandai habiskan duit saku ku ini..
Isteri oh isteri..
Tanpa kau aku risau..
Tanpa kau aku sasau..
Tanpa kau aku kacau..
Bila kau ada aku tak hirau..
Isteri oh isteri..
Jangan membebel lagi..
Aku penat dengar kau berbunyi..
Aku pening dengar kau punya story..
Pasal kau asik cerita hal orang satu negeri..
Wahai isteriku yang satu..
Betul ke kau datang dari tulang rusuk ku?
Betul ke kau yang menjatuhkan ku?
Betul ke kau penghalang menuju kepada Tuhanku?
Kalau kau Tiada,Siapa aku?
Monday, July 5
Cinta Tak Semestinya Memiliki
Cinta tak semestinya memiliki..Betul la kan?
Bila berkawan tak semestinya bercinta…
Bila bercinta tak semestinya bertunang…
Bila bertunang tak semestinya berkahwin…
Bila berkahwin tak semestinya kekal hingga ke akhir hayat…
Sebenarnya rumit bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.
Thursday, July 1
Jom belajar bercinta
Nak segarkan rasa cinta korang pada pasangan korang ? Sangat penting untuk mereka yang dah beranak pinak.Selalunya bila anak dah ramai ni,kita abaikan perasaan pasangan kita,yelah,masing-masing sibuk duk menjaga anak samapi tak sedar perasaan pasangan terabai.Tak kiralah si dia itu suami ke isteri ke..
1.Ingatlah semua tarikh-tarikh yang penting buat si dia. Terutamanya tarikh-tarikh
yang ada kaitannya buat korang berdua. Misalnya, ingat tarikh hari jadinya, tarikh ulang tahun perkahwinan korang berdua, tarikh mula berkenalan dan sebagainya.
2.Selain itu, selalu-selalulah hantar bunga pada si dia. Taklah hanya ketika ulang tahun kelahirannya atau masa hari ulang tahun perkahwinan korang berdua sahaja. Barulah nampak romantik. Tapi, korang kena ingat, hantarlah bunga ros merah sebab ros merah adalah bunga untuk orang yang bercinta.
3.Telefonlah si dia selalu semata-mata untuk katakan padanya yang korang sangat
mencintainya dan sentiasa memikirkannya.
4.Buat temu janji. Kalau masa bercinta dulu, hampir setiap hari korang keluar berdua-duaan. Tapi selepas berkahwin dan dapat anak, semua tu sudah jarang sekali.
Untuk segarkan kembali rasa cinta korang pada si dia, apa kata telefon dia dan ajak keluar makan malam bersama tentu romantik. Apa? Anak? Mintalah tolong pengasuh jaga anak korang sekejap. Mesti boleh kan?
5.Selain itu, sekali-sekala, ajaklah dia gi makan angin. Bercuti sambil
menenangkan fikiran. Kalau dapat pergi bercuti berdua sahaja lagi elok. Barulah rasa macam pergi berbulan madu.
6.Perkara yang paling romantik dan paling mudah korang leh buat untuk hangatkan kasih antara korang berdua ialah ucapkanlah “I Love You’ selalu. Setiap hari luangkan seminit dua untuk ucapan tersebut. Antara waktu yang sesuai untuk korang lafazkan kalimah keramat itu ialah ketika dia baru bangun daripada tidur. Bisikkannya dengan lembut pada pangkal telinga si dia. Aduh! Romantiknya.
7.Untuk tambah ceria hari sidia, tulislah surat cinta atau paling tidak pun nota cinta buat yang tersayang. Pastu, letakkanlah surat ataupun nota tersebut pada tempat-tempat yang si dia sendiri tidak terfikir. Misalnya di dalam beg kerja, di atas hidangan sarapan paginya ataupun di dalam poket bajunya. Best kan?
8.Kepada yang kreatif, luahkanlah rasa cinta korang terhadap pasangan dalam bentuk puisi, madah ataupun lirik lagu. Cara ini benar-benar sesuai untuk menambat hati
insan yang korang sayang. Selain puisi, korang juga boleh mencipta lagu buat si dia.
9.Hadiahkan si dia barangan idaman. Yang ini mungkin mahal sedikit, tapi memang
berbaloi. Lebih-lebih lagi kalau barang yang korang hadiahkan itu memang barang yang dihajati si dia. Sekali-sekala berbelanja lebih apa salahnya. Korang juga yang untung bukan orang lain.
10.Sentuhlah dia. Sentuhan fizikal adalah antara perkara yang perlu diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara korang dan pasangan. Saling bersentuhan seperti berpegangan tangan ketika berjalan dan memeluk seterusnya mencium si dia sebelum ke pejabat sangat penting untuk menghangatkan lagi hubungan korang berdua.
Wednesday, June 23
Tips Menghidu Kecurangan Suami
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.
3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.
5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.
7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan.
8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa.
9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia.
10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka
11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis
12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?
13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya
Tuesday, June 22
Mana Satu Hakikat Perkahwinan Korang?
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???
1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH. credit to:tentangcinta
Friday, June 18
Pesan buat bakal –bakal suami dan blogger lelaki
Tengok pada tajuk entri kali ni,memang betul-betul ai tujukan kepada bakal-bakal suami atau blogger-blogger lelaki yang akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.
Yelah,sekarangkan musim orang kahwin,asal tiba sabtu ahad jer mesti ada jemputan.Tambahan pulak sekarang ni cuti sekolah,mau hari-hari korang dapat jemputan kahwin kan..
Okey,ai amat bermurah hati nak bagi petua untuk yang bakal nak jadi suami tu...Aisey..macam la ai ni pandai sangat kan...Yang sebenarnya petua ni ai dapat masa ai pergi kursus kahwin dulu..Ustaz yang bagi ceramah tu yang kasi kat kitaorang..
Korang jangan fikir yang bukan-bukan plak..ni bukan petua nak t__t....
K,sekarang ni kalau kahwin mesti ada upacara batal air sembahyang kan..so,mesti la ada adegan aku cium ko..ko cium aku..betul tak?
Masa korang bakal-bakal suami mencium dahi isteri-isteri korang,korang baca ayat ni sambil pegang ubun-ubun isteri korang..Pada isteri – isteri pun baca la jugak yer doa ni time cium tgn suami korang.
InsyaAllah,dengan niat baik korang..rumahtangga korang akan terpelihara..Amin
Thursday, June 17
5 Mitos Lelaki terhadap Perempuan
Ai nak share mitos fikiran lelaki terhadap kaum wanita yang selalunya salah sama sekali..Orang lelaki fikir lain,tapi kami orang perempuan ni niat lain..niat yang positif tapi dorang asyik sangka yang negatif-negatif jer.Jadi lepas blogger-blogger baca ni,dorang faham ler niat baik kami orang perempuan..hehehehe
Mitos 1: Kaum perempuan sering berasa tidak puas hati
Hakikat: Perempuan sentiasa mahu memperbaiki keadaan supaya lebih baik
Mitos 2: Kaum perempuan bercita-cita tinggi
Hakikat: Sebenarnya perhubungan kedua belah pihak lebih bercita rasa tinggi
Mitos 3: Kaum perempuan suka mengawal pergerakan kekasihnya
Hakikat: Perempuan lebih bersikap ambil berat dan lebih prihatin
Mitos 4: Kaum perempuan lebih mengada-gada
Hakikat: Perempuan suka dimanja dan diberi perhatian
Mitos 5: Kaum perempuan beremosi tinggi dan cepat sensitive
Hakikat: Perempuan lebih berjiwa halus
Monday, June 14
Petua Rasulullah Membina Keluarga Bahagia
Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.
Dari Aisyah ra,"Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku."Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.
Membelai antara satu sama lain
Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua" (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri - menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra berkata "Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw." Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:"Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman."
Bersukan
Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit.
Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.
Saturday, June 12
Bila isteri merajuk..
Kita pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang 'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi.
Disebabkan sudah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata:
"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai itu..."
Kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana kita tidak mahu menolong dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia).
Sampai ke peringkat dia berkata:
"saya TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI... saya FED-UP DENGAN ABANG!.."
Sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenamkan dalam tilam nostalgia kita itu. Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk tidak mahu masak untuk kita!..
Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.
Kita mula naik geram, hendak ditinggalkan terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak bagi kosentrasi kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda, entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula.
Kita pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita di rumah itu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun agaknya-kotlah ada suami-suami yang nak buat.
Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud:
" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas) lah tu.
3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia.
4. Bila isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya.
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita:
" Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".
Selamat menantikan isteri merajuk...
Suami kedekut
Maaf kepada suami-suami kalau terasa pasal tajuk kat atas..kat dunia ni apa-apapun leh jadikan..Macam-macam perangai kedekut ada kat muka bumi ni..bukan takat suami je kedekut..ada jugak isteri pun kedekut..bos kedekut..Tu yang boleh timbul Haji Bakhil punya istilah dalam citer P.Ramlee..tapi agak-agak le kan kalau nak kedekut pun..jangan le sampai nak kasi perut makan pun xmau kuar sekupang pun..
Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin."Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.."Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"
Moral of the story..hahahhaha..gelak je lah…kan dah mati kutu..dapat yang dalam cermin jugak..
Friday, June 11
10 pantang mulut lelaki [PERHATIAN BLOGGER LELAKI]-updated
Perhatian kepada semua blogger lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ai mempersembahkan tips updated untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan korang semua.
6. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, korang akan menunjukkan kelemahan korang yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau korang tak cukup bagus untuk dia, adakah dia @#$% sebab pilih korang? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.
7. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan korang bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang korang mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali korang takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik korang berdiam diri.
8. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.
9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang korang tak suka.
10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan korang untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!
Wednesday, June 9
10 pantang mulut lelaki [PERHATIAN BLOGGER LELAKI]
Perhatian kepada semua blogger lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ai mempersembahkan tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan korang semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.
2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita korang dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya korang cakap kat dia yang korang tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya korang tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend korang, jangan sesekali sebut yang korang tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana korang hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.
3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini korang atau korang terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita korang. Kalau korang nak kutuk ex-girlfriend korang mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex, korang akan dituduh tidak setia dan korang masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita korang menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba korang akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga korang.
4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka korang bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, korang perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang korang kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau korang cakap pasal perempuan lain di depan dia.
5. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan korang sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab korang mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!
Tuesday, June 8
Nak harmonikan rumah tangga?
Kata orang tua-tua kalau nak panjangkan jodoh..nak kasi rumah tangga aman bahagia sampai akhir hayat banyak benda kita kena berkorban..banyak benda kita kena kontrol..Kalau boleh..
*** Hindari berkata, 'selalu' dan 'tidak pernah'
'Kamu selalu bersikap begini' atau 'kamu tidak pernah sedikitpun memahami perasaan saya'. Ucapan seperti ini seringkali terlontar dari mulut kamu mahupun pasangan pada setiap kali kemarahan memuncak. Padahal, penggunaan kata-kata seumpama ini akan mengeruhkan lagi keadaan kamu berdua. Hindari ucapan sedemikian atau cuba luahkan dengan cara yang lebih spesifik dan jelas.
*** Jauhi kata 'putus'
Walau apa pun masalah yang dihadapi, pertengkaran bukanlah faktor utama berakhirnya sebuah perhubungan. Jadi, janganlah sesekali kamu mengakhiri dengan mudah perhubungan yang dijalin sejak sekian lama atau mendeklarasikan hubungan kamu yang telah berakhir.
Fokus perhatian kamu pada intipati masalah yang sedang berlaku. Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus emosi yang tiada kesudahan dan titik noktahnya.
Saturday, June 5
8 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…
2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.
3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…
4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.
5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..
6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.
7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.
8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling
Friday, June 4
Kenapa perempuan mudah menangis?
Note: Cerita hanyalah sebagai pengetahuan kepada ai dan korang sekalian untuk tau kenapalah perempuan mudah sangat menangis.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?
Ai nak kongsi kan korang pasal ni..khas tuk blogger-bloger wanita..
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Thursday, June 3
Jom jadi super wife,super mommy, super girlfriends..
1. Berdikari
Jangan jadikan couple kita tunjang kehidupan. Kekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Seperti kita, couple kita juga perlukan ruang masa personal untuk diri dia sendiri.
2. Hargai
Jangan asyik mencari kelemahan dan mengkritik couple kita. Hargai kehadiran dia sebagai seorang teman dan rakan baik yang akan berada di sisi di saat-saat kita memerlukan.
3. Berprinsip
Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang ada prinsip serta mempunyai pandangan yang tersendiri. Namun begitu, ini tidak bermakna kita mesti bergaduh dengan dia dalam setiap isu yang dibincangkan.
4. Kongsi Minat
Belajar tentang kegemaran dia samada sukan mahupun apa saja. Dengan itu, kita akan lebih memahami dirinya.
5. Gembira
Tidak semua lelaki boleh bersabar dengan wanita yang asyik menangis. Jangan gunakan air mata sebagai jalan keluar. Lelaki gemarkan wanita yang boleh @ tahan bergurau dalam apa jua situasi
Sekadar nak share something ngn korang ..Thank you singgah baca kat sini ;-)